Tuesday, June 28, 2011

JOHARI ABDUL AKUI PELAKU VIDEO SEKS ADALAH ANWAR IBRAHIM




Video di atas adalah rakaman ASLI dan ianya adalah Tulen 100% tanpa sebarang pindaan. Buat Datuk Johari Abdul yang sebelum lantang mempersoalkan keaslian video seks Anwar Ibrahim itu dipersilakan untuk SAMAN Tan Sri Rahim, Dato Eskay dan Dato Shuib jika ianya bukan rakaman yang asli dan sahih.

Rakyat harus sedar bahawa inilah politik yang diamalkan oleh pemimpin pembangkang yang mana walaupun kebenaran sudah di depan mata dan turut di akui namun apabila kerana wang ringgit maka Kebenaran yang sewajarnya di perjelaskan kepada Rakyat ditutup.

Ingatlah semua bahawa waktu rakaman Video Seks Anwar Ibrahim dipertontonkan Johari Abdul telah mengakui pelakon di dalam Video Seks tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Namun demikian apabila merasakan WANG yang menjadi keperluannya maka Johari Abdul telah menuntut dari Dato Eskay Wang Tunai sebanyak RM1 juta ringgit dan meminta agar disediakan Wang RM1 Juta bagi setiap orang yang akan keluar dari PKR setelah menonton Video Seks tersebut.

"Datuk Johari Abdul meminta wang pendahuluan sejumlah RM100,000 sebagai "pelincir" untuk membawa lebih ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat menonton video itu", kata Datuk Shazryl EskayAbdullah

Datuk Johari Abdul membuat permintaan itu selepas berpuashati apabila menonton video kontroversi itu. Beliau tidak dapat mengadakan wang itu dengan kadar segera tetapi mengaku telah memberikannya separuh daripada jumlah itu.

 
Keesokkan harinya Datuk Johari membawa lima lagi MP PKR untuk menonton video seks Anwar itu, mereka adalah Lima dari MP PKR itu ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Abdullah Sani (Kuala Langat).

Selepas itu Datuk Johari meminta sejumlah RM 1 juta seorang daripada Datuk Shazryl dengan jumlah semua RM7 juta semuanya. "Bila (permintaan sebegini) ini berlaku, kita pun buat keputusan tolak (permintaan Johari)," kata seorang lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik."

Tak lupa juga mengenai JAM OMEGA yang Anwar Ibrahim kata ada dalam simpanannya. Dalam Video sudah jelas bahawa Jam Omega milik Anwar Ibrahim berada dalam simpanan Dato Eskay yang kini telah diserahkan kepada pihak Polis.

Mohon Kak Wan untuk membuktikan bahawa jam Tangan Omega yang di tunjukkan di dalam Video itu adalah Palsu dan hanya Jam Murah yang di beli Dato Eskay di Chow Kitt. Kami juga minta Dato Johari Abdul Jawap kepada Rakyat Malaysia apakah Video yang di pertontonkan ini PALSU.

Kredit PapaGomo 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger