Tuesday, June 14, 2011

MoCS HANTAR MEMORENDUM PERCEPATKAN SIASATAN SPRM DAN TOLAK LANTIK TAIB SEBAGAI YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK







Ketika SPRM sedang melakukan siasatan ke atas Ketua Menteri Sarawak berhubung dakwaan rasuah, Pergerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) telah mengambil kesempatan itu untuk memohon Seri Paduka supaya menolak sebarang cadangan bagi melantiknya sebagai bakal Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.

Perkara itu dilakukan MoCS yang telah menghantar memorendum kepada Yang di-Pertuan Agong di pintu Istana Negara yang diketuai Francis Siah. Memorendum itu telah ditandatangani oleh Ahmad Azizan Abdul Manan, Awang Abdillah Nasar, Ronald Sia, Erick anak Nicholas Mujah dan Francis Siah kepada seorang pegawai polis di hadapan pintu pagar Istana.

Tindakan MoCS ini yang membawa siasatan dakwaan rasuah itu kepada pihak istana bertujuan memberikan tekanan kepada SPRM untuk mempercepatkan siasatan.


Dalam masa yang sama MoCS juga mahu Yang di-Pertuan Agong menolak sebarang cadangan bagi melantik Taib sebagai bakal Yang Di-Pertua Negeri Sarawak. Desas-desus beberapa pihak pembangkang di Sarawak mengandaikan Taib akan dilantik sebagai TYT Sarawak selepas beliau berundur daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak.

Diberitakan, memorendum yang ditandatangi beberapa anggota MoCs itu mengandungi pelbagai dakwaan salah laku dan rasuah yang dilaporkan di Internet, portal berita dan blog sama ada dalam negara mahupun luar negara yang dilakukan oleh Taib. Selain MoCS, tuntutan yang terkandung dalam memorendum itu telah diperakui oleh parti-parti Pakatan Pembangkang di Sarawak seperti PKR, PAS dan DAP serta beberapa NGO yang lain.

Seperti biasa, MoCS akan mengambil peluang dan ruang dalam urusan siasatan SPRM ke atas Taib walaupun belum ada sebarang pertuduhan. Sebaliknya, SPRM menjelaskan ketika ini dakwaan rasuah yang membabitkan Taib masih dalam siasatan dan SPRM tidak akan tunduk ke atas sebarang desakan daripada mana-mana pihak termasuklah mereka yang memberikan tekanan ke atas SPRM.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger