Saturday, June 25, 2011

PAKATAN PEMBANGKANG DITERAJUI KETUA KAKI LIWAT DAN KAKI SEKS! APAKAH TINDAKAN AHLI-AHLI PAKATAN PEMBANGKANG?








Berbekalkan hujah 99.9 % video seks yang ditayangkan Trio Datuk T seperti yang telah dimaklum dan dibuktikan pakar dari Amerika Syarikat dan perbicaraan lengkap kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari, Anwar Ibrahim kini dalam keadaan tidak tentu arah.

Dengan berbekalkan hujah sahih dan ketepatan yang kurang hanya 00.01% ternyata Anwar Ibrahim tidak akan terlepas dengan dakwaan dirinya merupakan pelaku dan pelakon dalam video seks itu.

Pakar dari AS itu mengesahkan rakaman video seks terbabit adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) serta ‘superimpose’ (imej ditindih).

Trio Datuk T telahpun disabitkan kesalahan akibat menayangkan video seks itu di khalayak umum dengan niat mahu memberitahu rakyat bahawa perilaku sebenar Anwar Ibrahim. Namun, atas faktor undang-undang, Trio Datuk T ini telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman denda. Bagaimanapun, kenapa hanya Trio Datuk T sahaja yang dikenakan denda dan kenapa pelaku dan pelakon video seks itu tidak didakwa?

Kenapa perlu ada diskriminasi ke atas Trio Datuk T yang dikenakan dakwaan hanya disebabkan mereka ini menyerlahkan kebenaran? Dan, kenapa Anwar Ibrahim tidak berani dan mahu membuktikan bahawa video itu bukan dirinya melalui bukti-bukti dan tidak hanya menyangkal menggunakan mulut.

Seperti beberapa pemimpin negara lain di luar negara yang terlibat dengan skandal seks telah meletak jawatan, Anwar Ibrahim seharusnya menggunakan pendekatan yang sama. Anwar Ibrahim seharusnya meletak jawatan dan patut malu kepada ahli-ahli Pakatan Pembangkang terutamanya PAS.

Beberapa kejadian yang berlaku di AS, Turki dan Indonesia sebelum ini, sudah ramai golongan pemimpin dan ahli politik bertindak meletak jawatan ekoran terlibat dengan ‘jenayah’ lucah. Anwar Ibrahim bila lagi mahu meletak jawatan?


Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh; letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang; letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR serta letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.

Tetapi di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dengan pembuktian asid deoksiribonukleik (DNA) yang jelas dan dengan klip video yang disahkan tulen, Anwar bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral beliau itu.

PAS sebagai rakan dalam Pakatan Pembangkang ternyata tidak berani bersuara dan menasihati Anwar Ibrahim untuk meletak jawatan kerana mereka ini di bawah telunjuk Anwar Ibrahim. Dengan beberapa AJK Tertinggi PAS Pusat merupakan orang-orang Anwar maka atas sebab itu Anwar Ibrahim seakan terbela dalam PAS walaupun beliau didapati seorang kaki seks dan kaki liwat.

Kesahihan video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam. Selayaknya Anwar Ibrahim perlu menjalani proses ketagihan seks bebas dan liwat bebas seperti yang pernah dijalani Tiger Woods.

Kesanggupan pemimpin luar negara meletak jawatan atas sebab dakwaan seks menunjukkan maruah mereka sebenarnya tinggi dan berprinsip. Tetapi, tidak bagi Anwar Ibrahim yang bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan malah masih berkeinginan menjadi Perdana Menteri.

Sewajarnya kes video seks ini perlu disegerakan di bawa ke Mahkamah Syariah memandangkan jika masa diambil terlalu lama boleh membuatkan video itu tidak lagi relevan. Ini disebabkan timbul daripada sumber dalaman bahawa PKR merancang mahu satu klip video palsu atau mengubah suai klip video yang ditayangkan Shazryl Eskay sehingga menimbulkan keraguan.

Andai mengodam sistem dan laman web milik kerajaan sanggup dibuat oleh mereka ini, apatah lagi membuat atau mengedit video seks itu. Mereka ini tidak mempunyai masalah wang kerana ekonomi Selangor boleh menampung perbelanjaan kos Anwar Ibrahim dan sanggup berbuat apa sahaja asalkan Anwar Ibrahim berjaya dilepaskan.

Video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat. Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat laporan polis mendakwa UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar klip video itu

Justeru, apa lagi ahli-ahli Pakatan Pembangkang dan PKR, mahukah anda-anda sekali dipimpin seorang ketua kaki liwat bebas dan kaki seks bebas? Andai ketua mereka seorang kaki liwat dan kaki seks bebas, nescaya anak-anak buahnya juga akan terjerumus sama ke dalam kancah maksiat. 

1 komen:

  1. kita tggu dan lihat.yang benar akan mucul dan ternyata sendiri...yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan....http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/canon-vs-nikon.html

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger