Wednesday, June 29, 2011

PAPA GOMO BERJAYA LERAIKAN PEMBOHONGAN JOHARI ABDUL



 Sejak jam 10.00 pagi semalam, Johari Abdul, orang yang dibawa Eskay bagi melihat dan mempertontonkan ‘aksi-aksi ranjang bosnya, Anwar Ibrahim’ sebelum video itu dihebahkan kepada beberapa wartawan dan bloggers lain di Hotel Flamingo, Ampang pada 21 Mac lalu telah tidak dapat tidur malam dan sering mencari jalan bagaimana mahu melepaskan diri daripada percakapan beliau sebelum ini yang beriya-iya menafikan pelaku dalam video seks itu adalah bosnya sendiri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun kenyataan Johari Abdul bahawa Malaysia sebuah negara demokrasi dan setiap rakyat berhak untuk berbohong dan mempunyai pandangan sendiri. Persoalannya, kenapa melibatkan negara yang mengamalkan demokrasi sebelum ini dan kaitannya dengan video seks Anwar Ibrahim. 

Berbekalkan sumpah laknat dan dakwaan Trio Datuk T dalam Mahkamah Syariah, jelas menunjukkan tindakan ketiga-tiga Trio Datuk T itu mempunyai kebenarannya. Kenapa Anwar Ibrahim senyap dalam perkara ini dan tidak membawanya ke Mahkamah Syariah untuk didakwa bersandarkan penafian Anwar Ibrahim sebelum ini. Sekiranya menafikannya sahaja tanpa tindakan undang-undang ternyata Anwar Ibrahim seorang pesalah yang tidak berani.

“Dalam rakaman selama dua minit yang dimuat naik ke laman Youtube dan dipaut ke beberapa laman blog termasuk Papa Gomo, Johari tidak menafikan pelaku di dalam rakaman video seks itu ialah Anwar”.

“Sebaliknya beliau ada menyebut 'bukan pasal Anwar tu, tapi the scene (adegan) tu…”.

Ini jelas bertentangan dengan pendirian Johari sebelum ini yang bermati-matian menegaskan bahawa pelaku di dalam rakaman video seks itu bukan Anwar atas beberapa faktor terutama kerana keadaan fizikal yang berbeza.

Bagaimanapun, pendirian Johari tetap sama bahawa 'pelakon utama' dalam video seks itu bukan Anwar.

"Apa saja dalam video itu, saya tak tahu sebab saya tak ingat. Saya tak tahu (tentang dialog itu). Apa yang rasmi, saya buat tiga sidang akhbar mengatakan itu bukan Anwar. Apa saja dalam video itu saya tidak tahu sebab saya tak ingat.

"Tentang jam, (Datuk) Shazryl Eskay ada tunjukkan tetapi saya tidak tahu jenama apa. Saya tak peduli," katanya.

Sambil itu, Johari tidak menafikan dakwaan meminta wang bagi membawa beberapa Ahli Parlimen keluar PKR seperti yang dinyatakan Trio Datuk T. Sebaliknya, Johari cuba mengelak pertanyaan itu dan lebih menumpukan kepada usahanya untuk melepaskan diri daripada tuduhan kenyataannya sebelum ini yang mengiyakan bahawa pelaku dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim.

2 komen:

  1. haaaaaa....tengok tu tak usah nak bersih dia sendiri sungguh kotor

    ReplyDelete
  2. tunjuk je lar full video tu.kalau johari kata anwar pun, tunjuklah bukti sekali. sampai sekarang polis senyap jer..apa cita bro..dna siapa pulak kau nak letak kat bilik hotel tu..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger