Thursday, June 16, 2011

PEMBOHONGAN SUARA KEADILAN TIADA KESUDAHANNYA



Sebelum ini beberapa menteri daripada BN telah menjadi mangsa kerakusan pembohongan Suara Keadilan yang mengasak dengan pelbagai dakwaan palsu dan fitnah. Bagaimanapun tindakan ini telah menyebabkan pemimpin BN sudah lali dengan perbuatan dan tindakan Suara Keadilan yang bertopengkan syaitan dan bernafsukan jin.

Dengan sikap wartawan dan penulisan rencananya yang tiada dan melanggari etika kewartawanan demi mencapai politik sempitnya, Suara Keadilan sanggup menerbitkan artikel yang bohong dan berunsurkan fitnah.

Terbaru, seorang pensyarah UKM telah membuat laporan polis berikutan Suara Keadilan telah memutarbelitkan kenyataannya dalam penerbitan bertarikh 7 Jun 2011. Prof. Madya Dr. Samsul Adabi Mamat membuat laporan polis itu bagi membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Laporan yang disifatkan sebagai bohong dan fitnah itu telah diterbitkan di muka 2, bertajuk Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi dan laporan muka depan bertajuk UMNO Putih Mata.

Dr. Samsul Adabi menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan kononnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya menyatukan suara-suara sumbang yang menyokong kerjasama antara PAS dan UMNO.

“Semasa dihubungi wartawan Suara Keadilan selepas Muktamar Pas baru-baru ini, beliau meminta saya mengulas mengenai kekalahan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pemimpin lain yang mencerminkan parti itu dikuasai oleh PKR”.

“Jadi, saya memberi kenyataan bahawa disebabkan kekalahan Nasharuddin maka isu kerajaan perpaduan Pas dan UMNO seolah-olah tiada harapan kerana beliau antara pemimpin yang memberikan reaksi positif”.

“Malangnya wartawan terbabit dalam tulisannya menggambarkan seolah-olah saya mengatakan UMNO berputih mata tentang kerajaan perpaduan dan itu bukan maksud saya,” katanya lagi.

Berikut kenyataan yang telah dipalsukan oleh wartawan Suara Keadilan terhadap kenyataan Dr. Samsul Adabi.

Laporan muka depan Suara Keadilan pada 7 Jun lalu memetik Dr. Samsul Adabi sebagai berkata, UMNO akan berputih mata apabila kerajaan perpaduan akan berkubur ekoran kemenangan besar kumpulan bukan ulama pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti tersebut baru-baru ini.

Katanya, akhbar tersebut turut memutar belit kenyataannya mengenai peluang tipis UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana suasana ekonomi sekarang tidak memihak kepada kerajaan.

“Wartawan itu memanipulasikan kenyataan saya, sebenarnya saya mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) walaupun tanpa PAS tetap boleh menang selesa berdasarkan beberapa penyelidikan yang dilakukan oleh pasukan saya,” katanya.

Dalam hal ini, bukan sahaja Suara Keadilan yang bersikap sedemikian, tetapi juga rakannya Harakah juga tidak terkecuali dalam menyiarkan berita-berita palsu dan fitnah. Apapun, itulah media pembangkang yang sentiasa mencari kelainan dan berita-berita hangat dalam mensensasikan cerita walaupun cerita itu palsu dan bohong.

3 komen:

  1. wartawan2 pembangkang yg sakit jiwa tahap kronik....

    ReplyDelete
  2. kes sama mcm dato haron din. mrk hubunginya then putarbelit. mrk tdk pduli fitah bohong, yg pntg dpt sebarkn kpd rkyt persepsi yg mrk nak. stelh bbrp lama,bila persepsi itu da slowdwn brula mrk akn minta maaf dan akui kslahan.time tu rkyt pun tk brp pduli dah..misi mrk tcapai!
    tgok sj kes mrk fitnah dr zambry, kes jeff oi yg da byk kali mgaku fitnah..
    apa yg pntg pd pmbngkg mwjudkn persepsi buruk thd kjaan.

    ReplyDelete
  3. felda bankrap sampai terpaksa pinjam duit epf (aku punya share pun ada) 6 billion.banyak tu..kata felda kayo...siasatlah sprm..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger