Tuesday, June 14, 2011

PENARIKAN BALIK SUBSIDI MINYAK JEJASKAN INDUSTRI PERIKANAN DI SARAWAK




Persatuan Pemilik Bot-bot Nelayan Sarawak menyertai pelbagai persatuan nelayan di seluruh negara merayu kerajaan menimbang semula keputusannya menarik balik subsidi diesel yang diberikan kepada nelayan.

Beliau berkata lebih 400 buah bot yang kebanyakannya dimiliki nelayan di Sibu, Sarikei dan Bintulu, kini tidak lagi keluar menangkap ikan sejak awal bulan ini apabila subsidi itu dikurangkan.

“Kami juga tidak boleh sewenangnya memindahkan peningkatan kos itu kepada pengguna kerana mereka tidak akan beli ikan jika ia mahal".

"Setakat ini kami sentiasa sokong kerajaan, itu sebabnya kami memutuskan untuk tidak mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi, kami percaya kepada rundingan," kata pengerusinya Ha Tung Ting.

Dengan harga diesel kini RM1.80 seliter berbanding RM1.25 sebelum ini, sesetengah bot perlu berbelanja sekurang-kurangnya lebih RM10,000, untuk ke laut. Ada juga anggota persatuan kami yang terpaksa perlu menghentikan perkhidmatan lebih 300 pekerja kerana mereka tidak mampu membayar gaji pekerja.

Di sebalik penarikan subsidi minyak, Ha Tung Ting menggesa kerajaan memeriksa 289 bot nelayan laut dalam yang beroperasi di Tanjung Manis dekat Sibu.

Walaupun mereka dimiliki syarikat tempatan, bot-bot serta anak kapal itu semuanya adalah dari negara asing dan mereka juga dikatakan akan menjual hasil tangkapan mereka kepada kapal asing yang menunggu di laut terbuka. Mereka juga diberikan diesel bersubsidi. Bulan ini saya diberitahu mereka menggunakan 600,000 liter diesel kuota 3 juta liter, tapi mana ikannya? Ini tidak adil.

Justeru, mereka meminta pihak-pihak berwajib dan pihak berkuasa memeriksa gejala ini yang dikatakan tidak memberikan keuntungan kepada rakyat Sarawak. Sebaliknya, perbuatan ini menguntungkan pengusaha syarikat tempatan yang bertalam dua muka.

Manakala, bagi pihak nelayan-nelayan tempatan di Sarawak perbuatan sebegini menidakkan hak dan kepentingan mereka sebagai nelayan tempatan yang memberikan kemudahan kepada rakyat Sarawak untuk memperoleh tangkapan ikan. Segerakan siasatan dan jalankan pemantauan dalam usaha menangani penyalahgunaan subsidi kerajaan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger