Tuesday, June 14, 2011

PENGGUGURAN HASSAN ALI BUAT DAP SENYUM



Penggugaran nama Datuk Dr. Hasan Mohamad Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dalam senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merupakan tamparan hebat ke atas kepimpinan PAS. Bagaimanapun, tidak bagi DAP yang lantang menyokong tindakan PAS Pusat menggugurkan nama Datuk Dr. Hasan Mohamad Ali atas alasan beliau tidak buat kerja dan turun padang.

DAP yang menyambut baik penggugaran Datuk Dr. Hasan Mohamad Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor menjelaskan tindakan PAS itu akan memantapkan hubungan pakatan pembangkang di negeri ini. Ini disebabkan selama ini, Datuk Dr. Hasan Mohamad Ali tidak membantu dalam usaha mengukuhkan parti pembangkang di negeri ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim menyatakan bahawa:

''Bukan kita (DAP) tidak suka (Hasan), tetapi saya dengar dia tidak bagus dan jarang turun padang. Namun, saya yakin dengan perubahan pimpinan PAS negeri ini akan memantapkan parti pembangkang di Selangor.

''Hasan juga dilihat berbeza daripada pimpinan PAS negeri yang lain kerana dilihat lebih cenderung kepada UMNO dan dikatakan menyokong kerajaan perpaduan sebelum ini," katanya.

Suee Lim juga berkata:

''Difahamkan bahawa Hasan tidak begitu memainkan peranan dalam usaha sedemikian kerana tidak aktif turun padang di peringkat akar umbi selaku Pesuruhjaya PAS negeri dan Exco kerajaan negeri.

Pengguguran Datuk Dr. Hasan Mohamad Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor mengundang kegembiraan kepada DAP kerana selama ini kebanyakan keputusan DAP dalam pentadbiran Pakatan Pembangkang di Selangor banyak ditentangnya terutama isu yang berkaitan penjualan minuman keras dan kegiatan pelacuran. Masalah penjualan minuman keras dan kegiatan pelacuran yang berleluasa di Selangor mempunyai kaitan dengan kelonggaran peraturan yang dilaksanakan Pakatan Pembangkang terutama DAP.

Justeru, tindakan PAS menggugurkan Datuk Dr Hassan Ali nescaya akan mengembangkan lagi aktiviti dan kegiatan haram (arak dan pelacuran) di Selangor. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger