Tuesday, June 14, 2011

PERLUKAH SEBUAH LAGI PARTI DAYAK WUJUD DI SARAWAK?



Usaha beberapa pihak tertentu untuk menubuhkan Parti PBDS Baru bagi mempelbagaikan lagi Parti Dayak di Sarawak dilihat cubaan terbaru Pakatan Pembangkang untuk memecahbelahkan sokongan kaum Bumiputera ke atas BN.

Analisis Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 lalu menyaksikan sokongan kaum Dayak kepada BN semakin meningkat dan ini menyebabkan Pakatan Pembangkang cuba mencari jalan untuk memecahkan undi kaum Dayak khususnya di kawasan luar bandar.

Pelbagai usaha telah dilakukan antaranya penjenamaan semula SNAP, menggabungkan usahasama SNAP-DAP, menubuhkan cawangan DAP di kawasan majoriti kaum Dayak dan Melayu, dan terbaru mewjudkan parti politik PBDS Baru. Semua ini ada kaitan dengan menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, penubuhan PBDS Baru ini mendapat reaksi yang pelbagai macam daripada beberapa pihak.

Presiden PRS, Tan Sri James Masing menjelaskan adalah lebih baik untuk Dayak bersatu di bawah satu parti yang menjamin keutuhan rakyat. Ini disebabkan populasi Dayak di Sarawak terlalu kecil untuk kemunculan sebuah lagi parti berasaskan Dayak yang kukuh daripada sudut politik.
Pengerusi Kelab Penyokong BN, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penubuhan PBDS adalah satu daripada agenda pembangkang untuk memecah belah parti Bumiputera.
Terdahulu, Pengerusi Protem PBDS Baru Loius berkata pihaknya telah menunggu selama 15 bulan sejak ahli-ahli setia PBDS mengemukakan permohonan penubuhan PBDS Baru, bagaimanapun sehingga kini tiada maklum balas daripada ROS berhubung perkara itu.

Sejarah penubuhan PBDS bermula pada tahun 1983 oleh Tan Sri Datuk Amar Dr Leo Moggie selepas mengundur diri dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Kemuncak perjuangan PBDS ialah pada pilihan raya negeri 1987 apabila terlibat dalam krisis politik dikenali Skandal Ming Court.
Dalam pilihan raya itu PBDS menang 15 kerusi ditandingi manakala PERMAS yang juga pembangkang, menang satu kerusi.
Barisan Nasional pula menang tipis dengan kelebihan hanya lapan kerusi apabila ia menang 28 daripada 28 kerusi ditandingi dalam pilihan raya negeri itu.
PBDS kekal sebagai parti pembangkang sehingga diterima semula sebagai komponen BN Negeri pada 1994.
PBDS digugurkan pendaftarannya pada 5 Disember  2003 tetapi didaftar semula setahun selepas itu bagaimanapun digugurkan pendaftarannya semula pada 21 Oktober 2004 hingga kini.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger