Sunday, June 5, 2011

PUAK ERDOGAN BERI KEMENANGAN KEPADA ANWAR DAN DAP



Kekalahan calon ulama dalam pemilihan PAS hari ini melengkapkan penguasaan DAP terhadap parti berasaskan Melayu dan Islam dalam pakatan pembangkang. Kemenangan besar calon-calon profesional itu juga membuktikan kejayaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan calon-calonnya atau kumpulan Anwarinas di dalam PAS.

Apa yang berlaku dan terjadi dalam pemilihan PAS kali ini adalah percubaan kumpulan tertentu untuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. Ini kerana kata beliau, keutamaan kumpulan itu adalah untuk merebut kuasa politik atau kerusi kerana habuan sama ada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen adalah besar.

Kemenangan calon profesional membuktikan bahawa era kepimpinan ulama di dalam PAS sudah berakhir dan tidak lagi dilihat relevan. Ia ada kaitan dengan kemasukan kumpulan profesional dan liberal dalam Pas yang mengharapkan satu tindakan konkrit berbanding retorik yang sinonim dengan kumpulan ulama.

Apakah selepas ini PAS mampu untuk mencatat kejutan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 setelah dikuasai puak Erdogan yang terdiri daripada golongan profesional seperti mana yang dilakukan PKR dan DAP. Dan, tidak juga mustahil PAS ini akan menjadi alat dan boneka Pakatan Pembangkang dalam mengukuhkan cengkaman PKR dan DAP.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger