Tuesday, June 14, 2011

TUBUH CAWANGAN DI PETRA JAYA, DAP HILANG KEPERCAYAAN KEPADA PKR




Hasrat DAP menubuhkan cawangan baru di kawasan Petra Jaya dalam masa terdekat ada kaitannya dengan keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 yang lepas apabila menyaksikan rakannya, PKR kalah teruk di kesemua kawasan DUN dalam kawasan Petra Jaya.

Sebelum pilihan raya, andaian dan tahap sokongan yang diperolehi PKR mendapati calon-calonnya di kawasan Petra Jaya dijangka ‘boleh menang’ dalam usaha merampas Petra Jaya daripada BN. Bagaimanapun, hasrat itu meleset tatkala keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 menyebelahi BN.

Sebagai parti yang dominan dalam Pakatan Pembangkang di Sarawak walaupun mempunyai jumlah kerusi yang sedikit berbanding PKR, namun atas sebab kemenangan besar yang memihak kepadanya dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10, DAP bertindak menggunakan kuasa vetonya dalam membuat keputusan dan arahan dalam Pakatan Pembangkang.

Cawangan DAP kawasan Petra Jaya akan dikendalikan oleh 4 anggota DAP, iaitu Bong Kuet Bui, Awang Saifeluddin, Hii Ting Ik dan Clement Wong. Bagi menarik minat penduduk di kawasan Petra Jaya yang kebanyakannya merupakan kaum Melayu dan Bumiputera, Awang Saifeluddin telah dilantik mengetuai kumpulan itu. Sasarannya adalah mereka yang selama ini ditindas BN dan yang kecewa dengan parti-parti kompenan BN.

Bagaimanapun, kehadiran DAP di Petra Jaya disifatkan sebagai kehilangan kepercayaan yang ditunjukkan DAP ke atas PKR. Sebelum ini, hasrat DAP untuk menakluk Petra Jaya tidak kesampaian apabila gagal dalam percubaannya menakluk Petra Jaya. Sebaliknya, kegagalan PKR dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 menyaksikan sokongan pengundi di Petra Jaya ke atas BN semakin meningkat berbanding Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-9 pada tahun 2006.

Kegagalan PKR memaksa DAP mengubah pelan dan tindakan seterusnya dalam usaha mereka menghadapi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan dalam tempoh 3 tahun akan datang ini. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger