Monday, July 18, 2011

ANWAR IBRAHIM BERMIMPI? TAPI TIDAK MUSTAHIL!



Eksklusif: Anwar Ibrahim Berucap di sebalik tingkap

Lawatan Anwar Ibrahim di Kuching hujung minggu lalu telah mencetuskan kerisauan di kalangan pemimpin BN Sarawak. Dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Grand Continental Kuching, Anwar Ibrahim mensasarkan sejumlah 15 kerusi Parlimen di Sarawak dalam usahanya meroboh tembok Sarawak sebagai fix deposit BN.

Cita-cita Anwar Ibrahim itu terlalu tinggi kerana sasarannya itu merupakan setengah daripada keseluruhan kerusi Parlimen di Sarawak yang berjumlah 31 kerusi. Dalam PRU Ke-12 lalu, BN berjaya memenangi 30 kerusi manakala 1 kerusi telah dimenangi DAP. Bagaimanapun, 1 Parlimen telahpun berjaya dirampas DAP dalam PRK Sibu tahun lalu.

Walaupun Anwar Ibrahim bukan kali pertama mensasarkan kerusi yang akan dimenangi dalam pilihan raya, namun beliau tidak akan sesekali menyerah kalah. Anwar Ibrahim akan buat apa saja untuk capaikan matlamatnya walaupun terpaksa menentang undang-undang seperti mana yang dilakukannya dalam mengadakan perhimpunan haram.

Sebelum ini Anwar Ibrahim pernah menyatakan hasratnya untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 dan ahli-ahli Parlimen BN akan menyertai mereka tetapi sehingga sekarang tidak ada apa-apa yang dicapai.

Anwar Ibrahim bagi punggung kat tetamu dan tuan rumah

Demikian juga Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 lalu yang akan memilih Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) sebagai KM (Ketua Menteri) seterusnya… tetapi setakat ini tidak ada apa-apa yang berubah.

Bagaimanapun impian dan cita-cita Anwar Ibrahim itu tidak mustahil kerana politik sukar untuk diramal. Justeru, untuk tidak merealisasikan hasrat Anwar Ibrahim itu BN Sarawak perlu menyusun langkah dan strategi lebih awal dari sekarang memandangkan PRU-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Justeru, BN Sarawak perlu ‘membersihkan’ diri daripada virus, penyakit dan anasir dalaman yang sebenarnya menjadi punca kemerosotan BN Sarawak dalam PR DUN Sarawak yang lalu. Virus dan anasir ini datangnya daripada dalaman parti itu sendiri memandangkan pembangkang bukan lawan sebenar BN Sarawak.

Hakikatnya lawan sebenar BN Sarawak bukan pembangkang atau Anwar Ibrahim sebaliknya ..... Renung-renungkan dan selamat beramal 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger