Wednesday, July 20, 2011

APAKAH BENAR ANWAR IBRAHIM BINA RANGKAIAN DI INDONESIA?




Semangat tsunami politik yang melanda BN pada PRU-12 yang lalu sering menjadi azimat kepada Pakatan Pembangkang untuk meneruskan momentum tsunami itu pada PRU-13 nanti.

Terbaru, Anwar Ibrahim dipercayai giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Indonesia yang bertujuan memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.

Ini dibuktikan apabila Anwar Ibrahim mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat di negara jiran tersebut baru-baru ini.

Anwar Ibrahim popular di Indonesia kerana dianggap tokoh reformasi, agama, bahasa selain pandai memenangi hati rakyat negara tersebut. Namun, tidak di Malaysia kerana Anwar Ibrahim terseksa disebabkan kes liwatnya yang sedang menunggu hukuman dan kes video seksnya bersama pelacur Chinadoll.


Difahamkan siri jelajah dan dialog bersama rakyat di Indonesia mensasarkan daripada segenap lapisan masyarakat terutama dari kalangan rakyat yang bertaraf hidup rendah, mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media, menteri-menteri dan bekas ahli politik.

"Anwar giat memperluaskan pengaruh 'Anwarisme' terutama kumpulan sasaran politik iaitu 70 peratus rakyat yang bertaraf hidup sederhana dan miskin”.

"Kumpulan sasaran politik itu sangat memerlukan perhatian pemerintah, namun mereka dijadikan sasaran manipulasi dan eksploitasi politik".

Anwar Ibrahim mengambil peluang tersebut kerana memahami budaya politik negara berkenaan yang perlu dilihat sebagai prorakyat untuk mengekalkan populariti.

Beliau mendapat sokongan daripada beberapa menteri dan bekas menteri yang popular dalam kalangan rakyat republik itu tersebut. Dengan lenggok bahasa dan gaya lakonan mantap ketika berceramah di hadapan rakyat menjadi modal sokongan terhadap Anwar Ibrahim.


Berbekalkan air liur dan janji-janji kosong seperti keadilan, hak asasi dan kebebasan menjadikan strategi untuk mengumpan rakyat Indonesia untuk terus memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Malaysia yang sedia ada.

Selain di Indonesia, Anwar Ibrahim dipercayai telah mewujudkan beberapa rangkaian antarabangsa, termasuk di negara Barat bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia. Ini dapat dilihat ketika perbicaraan Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya yang mendapat tentangan daripada beberapa pemimpin dunia.

Hakikatnya, Anwar Ibrahim bukan sahaja menjadi musuh dan ancaman kepada politik negara bahkan juga kepada keselamatan negara. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger