Saturday, July 30, 2011

APAKAH MAJLIS PEGUAM SUDAH TIDAK LAGI RELEVAN?



Akibat tindakan terlibat secara langsung dalam penganjuran dan perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011, hari ini Majlis Peguam dilihat sudah tidak lagi relevan dalam konteks mengukuhkan undang-undang.

Keterlibatan Majlis Peguam dalam perhimpunan haram dan beberapa aktiviti serta program Pakatan Pembangkang menunjukkan Majlis Peguam itu sudah memasuki alam politik. Di samping itu, sejak akhir-akhir ini kecenderungan pertubuhan peguam itu yang lebih terarah kepada suara-suara sumbang dan berhaluan kiri dengan menentang kerajaan.

“Sejak kebelakangan ini, tindak-tanduk majlis itu bersifat prejudis, berat sebelah berpaksikan satu parti politik selain tidak menjalankan peranan menjaga kepentingan masyarakat”.

Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Azwanddin Hamzah

Untuk itu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah menyerahkan satu memorandum bagi mendesak Majlis Peguam supaya tidak dipengaruhi dan mencampuri isu yang dibangkitkan oleh mana-mana parti politik.

Atas perbuatan dan tindakan Majlis Peguam yang secara terang menyalahgunakan kuasa, JMM menggesa Majlis Peguam memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana bersikap prejudis terhadap beberapa isu khususnya bertindak menyebelahi sebelah pihak sahaja sedangkan mereka seharusnya menghormati sistem perundangan negara.

"JMM ada bukti yang menunjukkan penglibatan ahli Majlis Peguam dalam parti DAP termasuk mendaftar sebagai ahli serta beberapa kali mengadakan mesyuarat bersama pihak parti pembangkang”.

Majlis Peguam dilihat mempunyai agenda politik berikutan tindakan mereka tidak henti-henti mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang telah merumuskan punca kematian Beng Hock disebabkan bunuh diri.

"Majlis Peguam dinasihatkan supaya membersihkan dahulu masalah-masalah salah laku peguam di negara ini dan sekiranya ahlinya yang dilantik cenderung untuk melibatkan diri dalam isu parti politik, mereka harus meletakkan jawatan daripada terus memalukan profesion dan badan itu".

Berasaskan kepada itu, wajarkah Majlis Peguam diteruskan atau baik saja dibubarkan?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger