Thursday, July 21, 2011

APAKAH SEBENARNYA BERSIH 2.0?



Apa itu BERSIH? Apakh ia KOTOR

BERSIH 2.0 yang telah menganjurkan Perhimpunan Haram pada 9 Julai 2011 berjaya memaparkan perjuangan serong rakyat Malaysia yang tidak memahami erti demokrasi.

Apakah benar matlamat utama penganjur ialah untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil? Apakah definisi adil bagi pihak penganjur dan Pakatan Pembangkang?

Andai benar penganjur mahukan tuntutan itu dilaksanakan, tidak nampak pun kebenarannya kerana sepanjang Perhimpunan Haram itu penganjur langsung tidak menyerahkan memorendum sebaliknya berarak dan melancarkan serangan ke atas polis.

Perhimpunan Haram itu juga telah menyebabkan tumpuan polis lebih terarah kepada mempertahankan tindakan mereka dalam menangani peserta dan penganjur yang berkelakuan ganas. Tindakan ini sengaja dicetuskan Pakatan Pembangkang supaya promosi BERSIH ini sentiasa mendapat perhatian walaupun Perhimpunan Haram itu sudah berlalu.

Polis Bertindak Baik Terhadap Peserta BERSIH

Pengumuman polis yang menyatakan akan menyiarkan video Perhimpunan Haram itu secara tepat dan jelas disambut baik rakyat Malaysia. Sebelum ini, media Pakatan Pembangkang banyak memainkan video dan dakwaan yang salah terhadap Perhimpunan Haram pada 9 Julai itu. Diketahui banyak video yang disiarkan di dalam media baru oleh Pakatan Pembangkang telah diekspolitasi dan disunting bagi tujuan mengaburi rakyat Malaysia.

Di pihak kerajaan pula, tumpuan lebih terarah kepada membersihkan nama Malaysia di seluruh dunia ekoran laporan akhbar dan wartawan luar negara yang tidak menunjukkan situasi sebenar Perhimpunan Haram itu.

Demikian juga asakan media pembangkang yang sering kali memutarbelitkan fakta kebenaran mengenai Perhimpunan Haram itu yang kononnya polis bertindak kejam ke atas mereka. Hakikatnya amaran dan nasihat telahpun dikeluarkan kepada rakyat Malaysia supaya tidak terlibat dalam Perhimpunan Haram, tetapi ada sebilangan rakyat Malaysia yang propembangkang ini degil.

Pengacara Mari Mengaji

Pengacara rancangan Mari Mengaji di TV9, Ustaz Zamri difahamkan juga terlibat dalam menyertai Perhimpunan Haram. Penyertaan beliau iitu telah mendapat liputan meluas daripada media Pakatan Pembangkang bahawa tindaknnya itu menunjukkan guru agama juga menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Penyertaan Ustaz Zamri itu dilihat sebagai suatu tindakan yang kurang bijak memandangkan beliau mengetahui bahawa menyertai Perhimpunan Haram itu adalah salah disisi undang-undang. Apakah Ustaz Zamri ini pendek akal atau tidak cerdik? Juetru, wajarlah Media Prima mengambil tindakan ke atas pengacara Mari Mengaji itu yang secara terang-terangan terlibat dalam menentang kerajaan.

Mengeksploitasi Orang Tua

Seorang bekas guru, Anne Ooi berketurunan Cina yang langsung tidak mempunyai pengetahun luas mengenai media sosial telah diangkat sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Ooi mencuri tumpuan apabila gambar dan videonya yang tersiar di media sosial yang berpakaian kuning tetapi basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih dan berjalan lesu mengelak kemaraan polis.

Makcik BERSIH itu telah dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu bagi menyertai Perhimpunan Haram. Ini bertujuan untuk menuntut pelbagai cerita dogeng dan fitnah untuk disebarkan kepada dunia bagi menunjukkan kekejaman polis semasa Perhimpunan Haram.  

Walaupun Perhimpunan Haram itu berjaya diselesaikan polis dan menidakkan kejayaan penganjur, namun mereka nekad untuk meneruskan BERSIH pada masa akan datang demi mencapai hasrat mereka supaya Pakatan Pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger