Tuesday, July 19, 2011

AZIZAN RAZAK KATA KAMI TAK PERNAH BINCANG TAPI KAMI HANYA IKUT TELUNJUK DAP



Isu larangan penutupan pusat hiburan di Kedah tidak akan sampai ke penghujungnya berikutan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sentiasa berdolak-dalih dengan kenyataan DAP sebelum ini yang mempertikaikan tindakan kerajaan negeri mengarahkan semua pusat hiburan ditutup sepanjang bulan Ramadhan.

Menteri Besar Kedah menyangkal dakwaan bahawa penarikan balik arahan penutupan pusat hiburan itu ada kaitannya dengan desakan pemimpin tertinggi DAP.

“Saya cuti sakit, telefon tutup sebab doktor nasihat suruh rehat, tak pernah jumpa Lim Kit Siang atau Karpal Singh, lepas cuti sakit saya jumpa wakil Dewan Perhimpunan Cina Kedah (Sabtu lalu) yang hantar memorandum pasal isu ini”.

“Saya serah perkara ini kepada bahagian kerajaan tempatan, saya tak mahu masuk campur dah, kita tengoklah nanti apa syarat depa (bahagian itu),” katanya mengulas laporan akhbar bahawa kerajaan Kedah menarik balik keputusan larangan kerana tunduk desakan DAP”.

Itu adalah alasan Azizan Abdul Razak yang sentiasa berdolak-dalih dan terkenal dengan lidah bercabang di sebalik gelaran ‘ustaz’. Ini bukan kali pertama dan sudah banyak kali Azizan bersikap sebegini. Boleh dikatakan setiap tindak tanduk Azizan itu boleh dipertikaikan. Pendek kata Azizan Abdul Razak itu dilayak menduduki jawatan Menteri Besar disebabkan kegagalannya dalam mentadbir Kedah seperti yang diharapkan rakyat Kedah.

Walaupun tidak pernah berbincang atau apa saja, hakikatnya PAS ‘terpaksa’ ikut telunjuk DAP. Tindakan ini berasaskan PAS terhutang budi kepada DAP atas kemenangan bergaya dalam PRU-12 sehingga membolehkan PAS mentadbir Kedah. Atas sebab itu PAS terpaksa ikut telunjuk DAP demi menjaga hati sahabatnya itu.

Pentadbiran kerajaan negeri Kedah lebih banyak berpolitik berbanding membantu rakyat. Selepas PRU-12, pemimpin Pakatan Pembangkang di Kedah lebih banyak berpolitik dan menggalakkan sentimen membenci kerajaan Persekutuan berbanding membantu dan menyediakan infrastruktur kepada rakyat. Padahal mereka mengetahui bahawa Kerajaan Persekutuan yang banyak membantu kerajaan negeri Kedah dalam memberikan peruntukan bagi membiayai projek dan kemudahan awam di Kedah.

Namun disebabkan hampir setiap hari Pakatan Pembangkang berpolitik di Kedah maka rakyatnya sentiasa disogok dan dimomokkan dengan fitnah terhadap kerajaan Persekutuan. Sedangkan kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan atau menidakkan kerajaan negeri Kedah walaupun negeri itu ditadbir pembangkang.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger