Wednesday, July 13, 2011

BERSIH 2.0: S. AMBIGA DAN ANWAR GAGAL DI DALAM NEGARA TAPI BERJAYA DI LUAR NEGARA








9 Julai 2011, negara mencatat sejarah hitam apabila BERSIH 2.0 dan Pakatan Pembangkang telah berjaya menghuru-harakan Malaysia dengan mengadakan demontrasi dan perhimpunan haram. Perbuatan pembangkang dan BERSIH 2.0 ini telah menyebabkan imej negara tercalar hanya dengan sekelip mata.

Detik Hitam 9 Julai 2011

Walaupun kejadian itu berlaku sehari, namun implikasinya sangat besar ke atas imej negara yang ternyata sudah tercalar dek kerana perbuatan ganas peserta Perhimpunan Haram BERSIH 2.0. Kesan yang berpanjangan yang terpaksa dihadapi rakyat dan negara ke atas setiap kejadian buruk yang berlaku walaupun majoriti rakyat Malaysia menolak perbuatan ganas ini.

Di pihak kerajaan, usaha memperbaiki imej negara dan memulihkan kembali persepsi masyarakat antarabangsa segera dibuat walaupun diketahui ia agak sukar dan memakan masa agak lama. Inilah yang terpaksa dihadapi kerajaan disebabkan perbuatan durjana S. Ambiga dan Anwar Ibrahim serta koncu-koncunya.

Demonstrasi yang didalangi parti pembangkang itu telah dijadikan medan oleh media asing dan portal propembangkang untuk membuat laporan palsu mengenai apa yang berlaku.


Perbuatan Memalukan Negara

Ia sekali gus memberi gambaran buruk kepada negara apabila pihak tidak bertanggungjawab itu melaporkan keadaan tidak betul mengenai jumlah sebenar perusuh yang dikatakan antara 30,000 dan 50,000 orang selain kecederaan dan kematian perusuh disebabkan oleh polis.

Kepalsuan dan pembohongan berita yang disampaikan akhbar luar negara ke atas apa yang berlaku bukanlah perkara baru. Tujuannya mudah adalah untuk mencalar imej negara di seluruh dunia. Umum mengetahui banyak negara yang mencemburi kepimpinan negara dalam menegakkan keamanan dan kesejahteraan rakyat. Atas dasar kecemburuan itu, wartawan akhbar luar negara mengambil kesempatan untuk mencalar nama baik negara di mata dunia.

Ternyata, strategi licik Anwar Ibrahim berjaya untuk mencemar imej negara di mata dunia walaupun hakikatnya apa yang BERSIH 2.0 lakukan di dalam negara telah menemui kegagalan. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger