Saturday, July 23, 2011

DAP PERGUNAKAN ORANG TUA UNTUK PROVOKASI KERAJAAN


Hii Tiong Huat Diperalatkan DAP

Setelah polis berjaya menjelaskan bagaimana pembohongan Pakatan Pembangkang yang menjadi tunjang kepada perhimpunan haram 9 Julai lalu, mereka telah mengalih perhatian ke atas orang tua pula. Kali ini orang tua yang menjadi tumpuan mereka ialah Hii Tiong Huat yang menjadi orang ‘pertama’ ditangkap pada 8 Julai 2011 di Petaling Street.

Hii Tiong Huat telah didatangkan khas oleh DAP Sarawak untuk membuat kecoh di Kuala Lumpur dan mengalihkan pandangan polis supaya orang tua itu akan menjadi sasaran mereka. Ternyata, strategi Pakatan Pembangkang berjaya apabila polis menangkap Hii Tiong Huat kerana terlibat dalam perhimpunan haram.

Pemergian Hii Tiong Huat dari Sibu, Sarawak ke Kuala Lumpur telah dibiayai DAP. Segala kos penerbangan dan makan minum ditanggung DAP. Walau bagaimanapun, sebaik menjejak kaki ke Kuala Lumpur, Hii Tiong Huat telah pergi ke Petaling Street oleh kumpulan DAP lalu membuat kacau di situ dengan harapan akan mendapat liputan media dan perhatian polis.

Penangkapan Hii Tiong Huat menyebabkan strategi DAP berjaya dan publisiti penangkapan Hii Tiong Huat itu telah mendapat liputan meluas. Bermula dari situ, Pakatan Pembangkang telah memainkan isu ini termasuk seorang wanita tua yang memegang bunga mawar berwarna putih dan sebotol air mineral. Menggunakan taktik yang sama, Hii Tioang Huat telah ditangkap dan ditahan polis. Penahanan tersebut telah mengurangkan kos makan, minum dan tempat tinggal Hii Tiong Huat yang ditanggung sepenuhnya oleh polis.

Terbaru, Hii Tiong Huat telah dimasukkan ke wad psikiatrik oleh pihak polis memandangkan tahap kesihatannya yang terganggu. Hii Tiong Huat dipercayai seorang yang kurang siuman dan bersikap ganjil selama berada di Sibu, Sarawak. Menurut polis Sibu, tingkah laku Hii Tiong Huat sentiasa menarik perhatian rakyat Sibu dengan sikapnya yang tidak siuman dan sehingga menyebabkan rakyat Sibu tidak menghiraukannya.

Berasaskan faktor kesihatan, DAP telah mempergunakan orang tua itu (Hii Tiong Huat) untuk tujuan meraih publisiti dan membuat provokasi ke atas polis. Penangkapan Hii Tiong Huat telah menyebabkan penyokong perhimpunan haram berasa simpati terhadap Hii Tiong Huat dan memarahi polis menangkapnya. Tetapi, yang paling dikesali penyokong perhimpunan haram tidak pula memarahi DAP yang bertanggungjawab membawa Hii Tiong Huat.

Sepanjang penahanan Hii Tiong Huat, polis telah mengawasinya dengan berkesan dan pihak hospital sentiasa menjaga kesihatannya supaya segera pulih.

Dakwaan Pakatan Pembangkang bahawa Hii Tiong Huat tidak dijaga dengan betul sehingga menyebabkan dia dipermainkan pesakit lain ternyata satu lagi provokasi melampau Pakatan Pembangkang terhadap perkhidmatan hospital kerajaan dan polis. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger