Wednesday, July 13, 2011

HARAM 2.0: ANWAR BOHONG KATA HADI AWANG DILAYAN BURUK OLEH POLIS



Anwar Ibrahim mendakwa Presiden PAS, Hadi Awang telah dilayan teruk oleh polis ketika ditahan pada perhimpunan haram, Sabtu lalu.

Anwar Bohong

Anwar Ibrahim membuat tuduhan pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam semalam. Boleh pulak Anwar Ibrahim ni berceramah walaupun beliau dikatakan nazak selepas tercedera disepak peserta perhimpunan haram BERSIH 2.0.

Ucapan Anwar Ibrahim semasa berceramah di Pulau Pinang bagi meneruskan pembohongan.
"Apa yang Ustaz Hadi katakan dihina begitu rupa. Anak saya kena tangkap saya tak sesebak itu sebab dia anak muda tapi Ustaz Hadi seorang ulama umur 60an, bekas Menteri Besar, Ahli Parlimen dilayan teruk, diheret, dicampak dalam trak polis. Sistem apa yang Najib nak pertahankan? Dengan cara itu ingat Ustaz Hadi takut?"

Sementara itu Hadi Awang dalam pengakuannya bagi membidas dakwaan Anwar Ibrahim yang menyatakan Hadi Awang ditahan dengan diheret dan dicampak dalam trak polis, pada Sabtu lalu.

Anwar Pembohong

"Dengan pertolongan Allah subhanahuwataala semua kita dibebaskan dan saya tak mahu diberi layanan terlalu istimewa. Pergi hantar sampai ke rumah, saya ucap terima kasih banyak, saya ucap terima kasih layanan yang baik bukan untuk saya saja."

Datuk Seri Hadi membuat pengakuan itu malam semalam sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmood, Kuala Terengganu.

Selain Datuk Seri Hadi, semua yang ditahan turut menerima layanan baik daripada polis.

Makanan disediakan dengan kos RM25 setiap seorang selain ruang solat untuk mereka yang beragama Islam.

1 komen:

  1. Anwar seperti biasa berbohong, tipu, dan dusta.
    Hadi Awang terang2 menolak dan mengenetepikan kenyataan kotor Anwar.
    Kpd Anwar Ibrahim ini pandangan saya " Apa salahnya melayan sesaorang itu seperti binatang kalau dia berperangai seperti binatang?"

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger