Tuesday, July 12, 2011

HARAM 2.0: ANWAR SIFATKAN KEMATIAN PEJUANG BERSIH 2.0 SEBAGAI MATI SYAHID?






Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang tercetus pada 9 Julai 2011 (Sabtu) telah memahat episod hitam bagi isteri Baharuddin apabila suami kesayangannya itu telah mati syahid semasa menyertai perhimpunan haram itu.

Bekerja sebagai pemandu teksi, Baharuddin pagi 9 Julai 2011 itu memberitahu isterinya akan menyertai Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 dan membawa baju-T BERSIH 2.0 yang berwarna kuning. Pemergiaan Baharuddin tidak diberitahu kepada anaknya khuatir anaknya akan melarang bapanya menyertai perhimpunan haram itu.

Mendengar berita kematian Baharuddin, pemimpin PAS dan penyokong PKR melabelkan Baharuddin sebagai pejuang BERSIH 2.0 dan mati syahid. Label yang diberikan Pakatan Pembangkang itu adalah sebagai menutup azab malu mereka kepada keluarga Baharuddin kononnya pemergiaan arwah itu sebagai pejuang. Sedangkan hakikatnya Baharuddin mati sebagai manusia yang paling rugi dan berdosa. Selain memusuhi kerajaan yang selama ini membela nasib pemandu teksi dan pentadbir negara, kematian Baharuddin juga disifatkan sebagai mati sia-sia.

Walaupun banyak cerita dan dakwaan bahawa kematian Baharuddin ini disebabkan gas pemedih mata dan kekasaran polis, ternyata semua ini meleset. Hasil bedah siasat yang dijalankan hospital mendapati arwah meninggal dunia disebabkan saluran darah tersumbat disebabkan darah tinggi dan sakit jantung dan bukannya disebabkan gas pemedih mata.

Kematian Baharuddin menjadi bahan cerita PAS dan Pakatan Pembangkang lain bagi mengaburi rakyat tentang kezaliman polis. Begitupun, rancangan mereka untuk mensensasikan kematian Baharuddin tidak berjaya apabila berita sebenar telahpun diketahui. Ini diperkuatkan oleh kata-kata anaknya bahawa ayahnya itu mempunyai penyakit darah tinggi dan sakit jantung.
Terdahulu, kerajaan dan polis telah memberitahu rakyat Malaysia supaya tidak menyertai perhimpunan haram itu kerana selain memberikan kesan negatif ke atas negara, ia boleh mendatangkan kehilangan nyawa. Namun, demi kepentingan politik semua nasihat dan amaran polis ini diketepikan asalkan tujuan asal tercapai.

Apakah PAS dan BERSIH 2.0 akan membayar pampasan kepada keluarga Baharuddin atas kehilangan ketua keluarga dan tempat mencari pendapatan? Walau bagaimanapun, difahamkan ada sebilangan ahli-ahli PAS dan PKR beragama Islam dibayar dalam jumlah RM150.00 hingga RM200.00 bagi mengikuti perhimpunan haram itu. Berbaloikan nilai nyawa hanya bernilai RM150.00 hingga RM 200.00 sahaja?

Kejadian sebenar kematian Baharuddin

Beberapa blog propembangkang yang memainkan isu kematian Baharuddin dilihat banyak menimbulkan kekeliruan dan bersifat konspirasi. Gambar yang disertakan dengan artikel bloggers pembangkang ternyata palsu dan menimbulkan prasangka penipu. Gambar lain dan artikel pun lain. Masing-masing tidak ada perkaitan.

Justeru, bloggers propembangkang disarankan untuk bertaubat dan hentikan tindakan memutarkan alam yang selama ini menjadi mainan mereka dalam menipu rakyat. Apakah perkara kematian Baharuddin sanggup dimanipulasikan Pakatan Pembangkang? Jawapannya Ya, asalkan memenuhi kepentingan politik.  

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger