Tuesday, July 12, 2011

HARAM 2.0: DRAMA KONSPIRASI KEMATIAN PEJUANG HARAM BERSIH 2.0





Drama lakonan arahan pemimpin Pakatan Pembangkang

Mungkin ramai yang tidak tahu atau belum tahu atau masih was-was berkenaan dengan kematian pejuang haram BERSIH 2.0 pada Sabtu, 9 Julai 2011.

Sesiapa yang ada membaca blog-blog propembangkang pastinya akan percaya bahawa kematian pejuang haram BERSIH 2.0, Baharuddin disebabkan gas pemedih mata yang disembur polis bagi menyuraikan peserta-peserta BERSIH 2.0.


Pelbagai cara yang dilakukan blog propembangkang ini untuk menyalahkan polis dalam kes kematian Baharuddin walaupun hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan saluran darah tersumbat.

Setelah diasak beberapa kali dengan cerita yang bohong, bloggers yang neutral dan prokerajaan telah menayangkan cerita sebenar kronologi kematian Baharuddin. Ini penting bagi memberitahu rakyat Malaysia bahawa pembangkang sentiasa memutar belitkan fakta dan cerita sebenar.

Bagi mengaburi mata dan minda rakyat, pembangkang cuba membuat lakonan palsu. Suhardi Mohd yang menetap di Bangi, pekerjaan sebagai broker tanah dan mempunyai 2 orang isteri menjadi aktor atau pelakon utama pembangkang.

Suhardi Mohd bersama kafir-kafir DAP

Lakonan kematian Suhardi pada mulanya dirancang bagi memerangkap polis dalam soal keselamatan. Bagaimanapun, kematian Baharuddin yang tidak dirancang itu menguatkan lagi lakonan mereka sebagai cara untuk memberitahu rakyat keganasan yang dilakukan polis.

Dalam mencapai matlamatnya, Suhardi Mohd telah membuatkan dirinya sengaja ditangkap polis dengan bertindak aggresif. Sebelum ini, polis memaklumkan mereka tidak akan menangkap penyokong peserta perhimpunan haram BERSIH 2.0 selagi tidak mencetuskan provokasi.

Tindakan aggresif Suhardi Mohd yang kelihatan pengsan dan seakan-akan mati telah memulakan drama lakonannya. Dengan bertindak sedemikian maka orang ramai akan fikir Suhardi Mohd mati. Sejurus itu, Suhardi Mohd dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut sambil rakyat memikirkan Suhardi Mohd telah mati.

Lakonan Suhardi Mohd Mati Syahid

Motif utama lakonan Suhardi Mohd telah berjaya. Bagaimanapun tindakannya yang bertindak cuba keluar hospital tidak berjaya dan telah ditahan pihak hospital dan polis. Penahanan Suhardi Mohd telah berjaya membongkar cerita sehingga tulisan ini ditulis.

Mengikut perancangan seterusnya apabila Suhardi Mohd berjaya keluar dari hospital, pemimpin Pakatan Pembangkang yang merupakan perancang utama lakonan ini mengarahkan Suhardi Mohd bersembunyi. Dan, giliran pemimpin Pakatan Pembangkang akan memainkan isu kematian Suhardi Mohd kepada seluruh dunia.

Pada sebelah petangnya, blogger Pakatan Pembangkang telah menjadikan cerita ini sebagai suatu isu yang boleh dijaja di seluruh Malaysia melalui media baru dalam usaha memburukan kerajaan.

Bagaimanapun seperti yang dirancang, kes kematian peserta perhimpunan haram BERSIH 2.0 benar-benar berlaku yang membabitkan pemandu teksi akibat darah tinggi di sekitar KLCC.

Pengkebumian Baharuddin

Setelah mengetahui Suhardi Mohd telah ditahan polis dan menceritakan lakonan yang diarahkan kepadanya untuk dilakonkan, nyawa Suhardi Mohd dalam bahaya. Suhardi Mohd telah dibebaskan dan kerjasamanya kepada polis telah berjaya membuktikan kerakusan Pakatan Pembangkang untuk melakukan apa saja demi agenda politik mereka.

Inilah sentimen konspirasi yang dicadangkan Pakatan Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim dalam cubaannya untuk memburukkan kerajaan di mata dunia dan menaikkan semangat rakyat untuk bersimpati dengannya dan membenci kerajaan. 

1 komen:

  1. KALAU POLIS KEJAM DAH RAMAI YANG MATI..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger