Thursday, July 7, 2011

HARAM 2.0: KAKITANGAN AWAM HENDAKLAH BERPIJAK DI BUMI NYATA




Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi peringatan kepada pegawai-pegawai awam supaya tidak menghadiri dan mengikuti perhimpunan haram. Tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka didapati terlibat.

Arahan yang juga telah dikeluarkan kepada guru-guru dan kakitangan Jabatan Pelajaran bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

Pekeliling bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagaimanapun tidak menamakan mana-mana perhimpunan.

Pada 9 Julai ini, tiga perhimpunan dirancang yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0, PERKASA dan juga Pemuda UMNO.

Kakitangan awam diingatkan supaya tidak terbabit secara aktif, menghadiri atau menggunakan peralatan pejabat untuk penganjuran mana-mana gerakan ataupun perhimpunan haram.

Kakitangan awam juga perlu mempertahankan prinsip 'neutrality' dan 'impartiality' dalam perkhidmatan awam dan memastikan mereka berkecuali terhadap mana-mana politik, kumpulan termasukan gerakan, fahaman dan parti politik.

Ini terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 mengenai tindakan yang boleh dikenakan.


Pekeliling itu dialamatkan kepada semua pengarah bahagian, pengarah jabatan pelajaran negeri, pengarah institut pendidikan guru dan pengarah kolej matrikulasi.

BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan yang bertemakan “Walk for Democracy” yang bertujuan mendesak pilihan raya diadakan secara adil dan telus.

Perhimpunan ini diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haram yang boleh membawa kepada rusuhan, demonstrasi dan konflik dalaman. Selain daripada itu, perhimpunan ini juga boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara.

“Sehubungan dengan itu adalah ditegaskan bahawa semua pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru adalah dilarang menghadiri atau melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut pada mana-mana tarikh atau tempat yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar BERSIH.”

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud

1 komen:

  1. Teman setuju bbeno..kt ofis teman ramai yg berbaris kt mesin ATM jolok gaji tiap2 bulan..pantang lambat merungut ! tapi dok hentam kerajaan dari belakang..memang tak berkat gaji puak2 ini..ada saja masalah keluarga ..mcm2,,tapi mereka tak sedar..tak tahu berterima Kasih..ntah lerr bro !

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger