Saturday, July 9, 2011

HARAM 2.0: KENAPA S. AMBIGA FAILKAN SEMAKAN KEHAKIMAN?




Selepas usahanya untuk mengadakan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 menemui banyak halangan dan rintangan atas status ‘HARAM’, kini S. Ambiga mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Tujuan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu berbuat demikian adalah untuk memohon kebenaran bagi membatalkan serta-merta perintah Menteri Dalam Negeri yang memutuskan bahawa 'pergerakan' tersebut sebagai pertubuhan haram.

Beliau turut memohon perintah tersebut diisytiharkan sebagai tidak sah, terbatal dan tidak berkesan.

Permohonan bagi mencabar perintah tersebut dikemukakan oleh Ambiga bersama 13 individu lain atas kapasiti mereka sebagai ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

Dalam permohonan yang difailkan melalui firma guaman, Tetuan Azzat & Izzat, mereka menamakan menteri berkenaan, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Selain Ambiga, pemohon lain terdiri daripada Dr. Ahmad Farouk Musa, S. Arul Prakkash, K. Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, S.P Subramaniam, Datuk Dr. Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Datuk Yeoh Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin turut dinamakan sebagai pemohon.

Pertubuhan tersebut turut memohon perintah larangan terhadap responden pertama dan kedua, pekerja atau ejen masing-masing daripada memasuki semua atau mana-mana premis pemohon, menggeledah atau menahan harta serta barang milik pemohon.

Persoalannya, kenapa S. Ambiga mengambil tindakan mahkamah dalam soal  membatalkan serta-merta perintah Menteri Dalam Negeri yang memutuskan bahawa 'pergerakan' tersebut sebagai pertubuhan haram, tetapi tidak memikirkan tindakan mereka mengadakan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu sebagai satu kesalahan yang melanggar undang-undang negara?

1 komen:

  1. memang sial beganda2 keling betina ni.mati lah kau serta kuncu2 ko tu dlm keadaan yg aib lagi hina!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger