Wednesday, July 13, 2011

HARAM 2.0: KENYATAAN HADI AWANG BIDAS DAKWAAN ANWAR IBRAHIM




kemudahan Ibadat disediakan kepada tahanan perhimpunan haram 

Setelah rakyat Malaysia dihidangi pelbagai ragam dan acara peserta Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, Anwar Ibrahim selaku Penasihat Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 telah mencetuskan satu lagi cerita bohong berhubung keadaan Presiden PAS, Hadi Awang yang kononnya kritikal dan nazak selepas kejadian Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu yang mana beliau telah ditahan polis.

Dakwaan Hadi Awang dikasari polis dengan dihumban ke dalam kenderaan polis seperti seekor lembu tua yang sakit. Dalam kenyataannya juga Anwar Ibrahim menegaskan polis tidak sepatutnya memberikan layanan sebegitu memandangkan beliau bekas Menteri Besar.

Pelbagai kenyataan negatif yang diberikan Anwar Ibrahim berhubung tindakan polis terhadap peserta Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang bertujuan memburukkan polis. Hakikatnya kenyataan Anwar Ibrahim itu sangat jauh berbeza dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, keadaan ini amat berbeza dengan kenyataan Hadi Awang yang memberitahu semasa ditahan, beliau dan pengikut Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 telah dilayan dengan baik malah dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan secara percuma. Malah tidak pernah tahanan yang dilayan sebegitu rupa oleh polis kecuali mereka yang ditahan pada 9 Julai 2011 lepas.

“Hadi menjelaskan beliau dan tahanan yang lain telah diberi dengan layanan yang amat baik dan yang sepatutnya malahan Hadi sendiri juga turut menyatakan bahawa beliau tidaklah hendak minta dilayan dengan layanan yang paling istimewa atau keterlaluan istimewanya”.



Justeru, dakwaan Anwar ibrahim kononnya Hadi Awang dan tahanan polis yang lain pada kejadian 9 Julai itu adalah semata-mata mahu menjatuhkan intergriti polis dalam menjalankan tugas dan memburukkan kerajaan.





Malah jika dilihat sebelum kejadian itu, pemimpin Pakatan Pembangkang telahpun berada di Kuala Lumpur sejak 7 Julai 2011 dan tinggal di hotel eksklusif dan mahal menggunakan peruntukan duit rakyat. Manakala, pengikut perhimpunan haram kebanyakannya orang Melayu hanya tidur di surau-surau sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta ada yang menumpang rumah-rumah kawan dan ahli-ahli Pakatan Pembangkang.

Inilah pemimpin Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim yang lebih banyak mementingkan diri sendiri dan kerjaya politiknya dan mempergunakan orang Melayu demi mencapai politik singkatnya untuk memerintah Malaysia.  

2 komen:

  1. Bila agaknya sesetengah Melayu tu nak sedar tentang nafsu tamak haloba Anwar nak jadi PM tu. Hadi pun sebagai ulamak (aku dah mula nak benci perkataan ni) tak perlu tamak haloba tergesa-gesa nak jadi PM semata-mata untuk menepati ramalan majalah Times dulu bahawa beliau bakal jadi PM Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Pihak Polis dah ada bukti kukuh Anwar Ibrahim menipu, memfitnah dan berniat buruk terhadap polis...nak tunggu apa lagi ..tak kan nak biar je kot peliwat ni memfitnah sesuka hati ..jangan lah terlalu berlembut..kita orang biasa ni nak juga KEADILAN ...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger