Saturday, July 9, 2011

HARAM 2.0: LAGI BAHAN LETUPAN MILIK BERSIH 2.0 DITEMUI




Polis Perak merampas pelbagai jenis bahan membuat letupan yang dipercayai ada kaitan dengan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 di ibu negara dalam pemeriksaan di Sitiawan dan Tapah.

Antara bahan yang ditemui adalah 21 botol kecil minuman mineral berisi minyak petrol, empat bateri jenama Sony saiz AA, 12 beg plastik mengandungi baja dan lapan helai baju-T putih bertulis perkataan kotor. 

Turut ditemui dalam operasi 'Ops Padam Bersih' di tanah perkuburan Cina di Jalan Kampung Cina, Sitiawan adalah sekeping nota bahasa Mandarin yang ditulis pada keratan akhbar bermaksud, 'arahan bos, kesemua 21 botol mahu baling di pejabat UMNO. Baju putih 'kotor' adalah simbol dalam perhimpunan Bersih. Hati-hati polis di tempat itu. Habis baca bakar.'

Polis juga merampas empat guni simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk hitam dipercayai sekam padi, dua guni plastik serbuk putih dan satu guni plastik berisi besi serta getah paip.

"Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui lima biji mangkuk tanah, satu beg plastik berisi pasir dan satu tong plastik mengandungi cecair disyaki asid,"

Penemuan bahan letupan itu membuktikan hasrat BERSIH 2.0 bukan sahaja mahu berhimpun secara haram, tetapi mahu mencetuskan huru-hara malah mahu lebih teruk mencetuskan keganasan.  

1 komen:

  1. apehal pkai botol plastik?? jadi ke? xpaham aku..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger