Thursday, July 7, 2011

HARAM 2.0: LAMAN SOSIAL ANWAR IBRAHIM TELAH DIBOGEL





Setelah kejadian menggodam laman web milik kerajaan kembali pulih dan diberitakan penggodamnya datangnya daripada rakyat tempatan. Bagaimanapun atas kebijaksanaan SKMM, laman web kerajaan telah kembali pulih sedia kala walaupun ketika kejadian telah banyak menyusahkan rakyat terutama yang membabitkan urusan seharian. 

Terbaru, laman sosial milik Anwar Ibrahim seperti Facebook dan Twitter telah digodam kira-kira 12.45 tengah malam tadi. Akibat penggodaman itu muncul tulisan-tulisan pelik di kedua-dua laman sosial Anwar yang jelas berbeza dengan bahasa dan tulisannya.

Anwar ibrahim facebook hack Antara tulisan penggodam yang memperkenalkan dirinya sebagai 'LuvSec' itu adalah meminta orang ramai memakai baju Melayu berwarna unggu untuk ke kenduri. 

Berikut antara tulisan berkenaan:

"Salam semua, di sini saya nak umumkan yang Perhimpunan Bersih akan ditangguh buat sementara waktu, ini kerana saya dan LuvSec dah plan nk pegi makan kenduri....sehubungan dengan itu, kami plan nk pakai baju melayu warna ungu.. hihihihihi jgn mare~

-LuvSec-


Beberapa minit kemudian, penggodam itu meminta orang Melayu supaya tidak berpecah-belah kerana politik. Tulisnya:

kenapa korang suka politics ??? disebabkan politics.. kita orang melayu berpecah belah... patutnya kita harus bersatu.. kami @LuvSec bukan lah dari mana2 parti.. kami cuma ingin MELAYU SAMA MELAYU BERDAMAI... JANGAN BERGADUH KERANA POLITICS !!!

Bagaimanapun kejadian ini tidak akan berhenti di sini sahaja dan akan terus berjalan selagi Anwar Ibrahim tidak bertaubat atau menyatakan rasa bersalahnya dalam video seks dan kes liwatnya. 

Penggodam juga difahamkan tidak sukakan tindak-tanduk Anwar Ibrahim yang selama ini kerjanya memecahbelahkan orang ramai terutama masyarakat Melayu yang sedia maklum berpecah dek kerana hasutan Anwar Ibrahim dalam politik. Sikap suka mencaci dan memfitnah orang sesama Islam ternyata menjadi hidangan selera Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang. 

Justeru, Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak disukai ramai pihak terutama ahli-ahli politik, tetapi juga penggodam.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger