Friday, July 1, 2011

HARAM 2.0: LIM GUAN ENG ARAH 8 TAHANAN PERHIMPUNAN HARAM DITAHAN DAN DIREMAN





Lim Guan Eng sebelum ini menyatakan sokongan terhadap Perhimpunan Haram 2.0 yang dijadualkan pada bulan Julai 2011 bertempat di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng petang tadi terkejut apabila rakyat di bawah pemerintahannya ‘mengamuk’ dengan tindakannya menyokong Perhimpunan Haram 2.0. Sokongan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam penganjuran Perhimpunan Haram 2.0 itu telah membuatkan rakyat Pulau Pinang mengamuk kerana mereka menentang perhimpunan haram itu.

Dalam perhimpunan haram petang tadi, seramai 8 orang telah ditahan pihak polis. Mereka ditahan kerana mengingkari arahan polis supaya bersurai.

Perhimpunan haram petang tadi juga menyebabkan Lim Guan Eng terpaksa memberikan arahan kepada polis untuk terus menahan mereka yang ditangkap atas faktor darurat. Kenapa Lim Guan Eng perlu memberikan arahan sedemikian? Apakah kerana mahu mendesak Lim Guan Eng berundur daripada jawatan Ketua Menteri maka beliau mengarahkan mereka ini ditahan? Bagaimana pula Lim Guan Eng patut ditahan di bawah ISA kerana menyokong secara terbuka terhadap Perhimpunan Haram 2.0?


Rakyat yang menyertai perhimpunan haram itu telah berarak menuju ke pejabat Menteri Besar untuk berjumpa dengannya di bangunan Komtar, tetapi telah dihalang polis.

Difahamkan seramai 1,000 orang hadir dalam perhimpunan haram itu. Akibatnya jalan sesak dan peniaga mengambil keputusan menutup kedai masing-masing. Hakikatnya, keadaan yang sama akan berlaku sekiranya Perhimpunan Haram 2.0 yang dijadualkan pada Julai 2011 nanti di Kuala Lumpur malah lebih teruk lagi memandangkan dijangkakan seramai 300,000 menyertainya seperti yang dinyatakan Pengerusi HARAM 2.0, S. Ambiga.

Apakah S. Ambiga mampu mengawal rakyat yang menyertai Perhimpunan Haram 2.0? Sebelum ini, S. Ambiga dengan sombongnya tetap mahu meneruskan Perhimpunan Haram 2.0 walaupun telah dibantah ramai pihak termasuk individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s).

Kredit gambar kepada novandri (blog MiM)

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger