Wednesday, July 13, 2011

HARAM 2.0: MAJORITI PESERTA PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0 ADALAH BERBANGSA MELAYU





Apakah ini yang dikatakan Hero?

Apakah dengan menyertai Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur tempoh hari boleh dianggap HERO?

Itulah yang sering dimainkan propembangkang yang melabelkan peserta perhimpunan haram pada 9 Julai itu boleh dianggap pejuang dan Hero. Malah seorang peserta yang meninggal dunia akibat sakit jantung telah dikatakan pejuang yang mati syahid.

Begitu mudah pemimpin pembangkang melabelkan kejadian pada Sabtu lalu sebagai pertempuran mempertahankan agama dan negara. Apakah mereka tidak fikir bahawa siapa sebenarnya kerajaan? Malah tindakan mereka menyertai perhimpunan haram dan melancarkan demontrasi ke atas kerajaan yang dipilih rakyat boleh dianggap sebagai pelampau atau penderhaka.

Anwar Ibrahim kononnya sebagai pejuang bangsa Melayu dilihat sebagai perosak bangsa Melayu. Apakah dengan membawa bangsa Melayu ke kancah kemusnahan boleh dianggap sebagai pejuang? Boleh dikatakan Anwar Ibrahim adalah perosak segalanya termasuk pelacur-pelacur China.

Difahamkan juga majoriti peserta perhimpunan haram yang ditahan semasa menyertai perhimpunan haram di ibu negara Sabtu lalu, berketurunan Melayu iaitu 95 peratus atau 1,434 daripada 1,508 tahanan.

Ini bermakna hanya 4.9 peratus atau 74 orang bukan berketurunan Melayu iaitu 21 orang berketurunan Cina, India (29 orang) dan lain-lain (24 orang).

Apakah ini yang dikatakan pejuang?

"Hasil pemantauan pihak berkuasa, peserta perhimpunan haram berketurunan Melayu bukan sahaja mendahului tangkapan tetapi paling ramai hadir dalam perhimpunan haram berkenaan".

Selepas selesai keterangan diambil daripada individu yang ditahan, seramai 1,403 telah dibebaskan tanpa syarat.

Seramai 105 orang lagi akan dituduh di mahkamah kerana melakukan pelbagai kesalahan semasa perhimpunan haram berkenaan.

"Tindakan lanjut terhadap mereka akan ditentukan di mahkamah mengikut kesalahan yang telah dilakukan".

Keadaan inilah yang membimbangkan Perdana Menteri apabila sedih melihat orang Melayu dipermainkan dan diperbodohkan oleh pemimpin pembangkang yang juga berketurunan Melayu. Malah kurangnya orang Cina dan India yang terlibat dalam perhimpunan haram itu walaupun penganjurnya berketurunan India jelas membuktikan orang Melayu dipermainkan sebegitu rupa dalam politik pembangkang. Bagaimanapun, orang Melayu dalam PAS dan PKR tidak melihat itu bahkan buta hati kerana tidak mendengar nasihat polis dan kerajaan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. 

2 komen:

  1. mari kita tengok..yang datang pakai kopiah..orang islam..tapi pemimpin adalah KAFIR LAKNAT!!!...macam nie ker yang perlu kita sokong...kepada pemimpin bersih..anda duduk rumah dan main ngan cucu lagi bagus..sekarang orng islam mengagungkan KAFIR LAKNAT..buat malu jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  2. PERHIMPUNAN TU ADA HIKMAHNYA. SEKURANG NYA DUNIA MENGENALI MALAYSIA. PERHIMPUNAN GAGAL MEMBUATKAN KUASA ASING AKAN FIKIR BERIBU RIBU KALI JIKA HENDAK MEMPORAK PERANDA MALAYSIA. MALAYSIA TETAP TEGUH. SYABAS

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger