Monday, July 4, 2011

HARAM 2.0: PATRIOT BATAL PERHIMPUNAN JUNJUNG TITAH AGONG, BAGAIMANA PULA DENGAN S. AMBIGA (BERSIH 2.0)?






Kumpulan Patriot yang wakili Pemuda UMNO yang sebelum ini melancarkan Himpunan Patriot (Patriot) telah membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan itu pada 9 Julai ini kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

Ini bersesuaian dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.


Semalam Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan titah supaya Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 dibatalkan demi kesejahteraan rakyat. Itulah titah baginda yang ditujukan khas kepada S. Ambiga dan Pakatan Pembangkang yang berhasrat mengadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Apakah S. Ambiga akan mengikut titah Yang di-Pertuan Agong itu seperti mana yang dilakukan kumpulan Patriot?

Terdahulu S. Ambiga menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong sebelum Sabtu ini. Difahamkan ia ada hubungkait dengan keputusan sama ada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan pada 9 Julai ini atau tidak akan ditentukan selepas diadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Terlanjur mahu berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong, adalah lebih baik S. Ambiga menyerahkan memorendum BERSIH 2.0 yang hendak disampaikannya semasa perhimpunan haram itu. Adalah moleknya S. Ambiga menyerahkan memorendum itu dengan mengadakan pertemuan sedemian berbanding keputusan sebelum ini yang mahu mengadakan demontrasi dan perhimpunan bagi menghuru-harakan negara.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger