Monday, July 4, 2011

HARAM 2.0: PEMIMPIN PAS IKUT ANWAR IBRAHIM ‘HARAM’


Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan arahan bahawa mereka yang menggunapakai baju-T berwarna kuning tertulis perkataan BERSIH 2.0 adalah salah dan melanggar peraturan.

Ini berikutan organisasi itu tidak berdaftar dengan ROS dan menjalankan kegiatan (menganjurkan perhimpunan haram) tanpa permit.

S. Ambiga sememangnya tidak mengetahui hukum hakam Islam berhubung melanggar peraturan dan undang-undang. Namun, bagi pemimpin PAS yang kononnya warak dan berilmu pastinya tahu mengenai hukum hakam Islam. Tetapi, persoalannya kenapa pemimpin PAS ini masih juga melanggar undang-undang dan arahan bagi menjamin ketenteraman?


Inilah yang berlaku ke atas pemimpin PAS, Nizar Jamaluddin yang memakai baju-T BERSIH 2.0 ini dengan angkuhnya.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah memakai baju-T BERSIH 2.0 ini. Namun begitu, apabila Anwar Ibrahim memakai baju-T itu, sememangnya ramai yang mengetahui Anwar Ibrahim ini bukanlah seorang pemimpin yang bersih bahkan dikategorikan sebagai kotor.


Lihat saja kes-kes Anwar Ibrahim sepanjang beliau menjadi pemimpin. Pecah amanah, salahguna kuasa, meliwat, melakukan persetubuhan haram (seks bebas) dan 1001 macam kes yang dihadapinya.

Justeru, S. Ambiga perlu membersihkan Anwar Ibrahim terlebih dahulu sebelum cuba hendak membersihkan SPR. Begitu juga dengan Mat Sabu dan pemimpin PAS lain supaya menyucikan Anwar Ibrahim sebelum hendak bercakap soal bersih SPR. Dan, DAP sememangnya tidak akan membersihkan Anwar Ibrahim kerana sebagai sekutu dan mempunyai ‘hidayah’ yang sama maka DAP dan Anwar Ibrahim tidak akan menyucikan antara satu sama lain.

Begitu juga Wan Azizah dan Nurul Izzah yang perlu segera menyucikan suami dan bapa kepada Anwar Ibrahim kerana maruah keluarga itu kini sudah merundum jatuh ke darjah negatif.

Ini semua sebagai ingatan kepada Anwar Ibrahim dan mereka-mereka yang terjebak dalam perkara ini supaya ambil iktibar ke atas apa yang telah berlaku ke atas umat Islam dahulu semasa zaman Nabi. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger