Tuesday, July 5, 2011

HARAM 2.0: PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0 BAKAL CETUSKAN KEGANASAN




Kejayaan polis menghidu dan seterusnya menemui botol-botol berisi petrol, parang panjang dan baju-T berwarna kuning dan mempunyai perkataan BERSIH 2.0 dalam serbuan di belakang Tokong Cina, Batu 14, Jalan Gombak Lama.

Dipercayai barangan tersebut adalah sebagai persediaan dan akan digunakan pihak-pihak berwajib yang akan menyertai Perhimpunan Haram BERSIH 2.0, Sabtu ini. Berkemungkinan juga mereka yang mempunyai kaitan dengan barangan tersebut akan melakukan keganasan terhadap anggota polis dan melakukan rompakan akibat tindakan huru-hara semasa perhimpunan haram nanti.



Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.

Sabtu lalu ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).


Kecekapan anggota polis dalam mengesan kegiatan ini telah menguatkan lagi bahawa penganjuran perhimpunan haram itu sebenarnya mahu menganggu-gugat ketenteraman awam. Mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu diambil tindakan segera dalam usaha menangani masalah ini.


Kesalahan dan tanggungjawab ini perlu juga dipikul oleh S. Ambiga yang merupakan Pengerusi Penganjuran Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu.

Tindakan terbaru ini membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Pembangkang hari ini mengadakan Perhimpunan Haram BERSIh 2.0 ini sebagai tujuan merampas kerajaan dengan cara KOTOR dan jijik.

1 komen:

  1. Najis punya pakatan syial!! Ko ada parang? Kitorang ada IMAN dan AKAL. Takkan boleh kalah la..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger