Friday, July 1, 2011

HARAM 2.0: POLIS TERIMA 2,193 LAPORAN PERHIMPUNAN HARAM, JANGAN CABAR POLIS






Sehingga 30 Jun 2011, polis telah menerima sebanyak 2,193 laporan yang membantah Perhimpunan Haram 2.0 sejak 6 Jun yang lepas. Difahamkan bilangan itu akan meningkat pada penghujung minggu ini dan minggu depan. Jumlah ini merupakan satu rekod bagi polis bagi boleh dicatatkan ke dalam Buku Rekod Malaysia.

Daripada jumlah laporan polis itu, sebanyak lebih 2,000 individu telah direkodkan kenyataannya.     

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin menyatakan sepanjang tempoh itu juga, polis telah membuka sebanyak 125 kertas siasatan berikutan laporan polis yang dibuat itu.

Justeru, Pakatan Pembangkang diingatkan jangan cuba mencabar polis dalam soal menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Polis tidak akan berkrompomi kepada mana-mana kumpulan yang cuba mencetuskan ketegangan. Begitu juga dengan Pemuda UMNO yang sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan bagi menghalang kumpulan baju kuning.

Tindakan polis kebelakangan ini yang menahan dan melakukan tangkapan terhadap mereka yang disyaki dan membuat promosi Perhimpunan Haram 2.0 adalah sebahagian daripada prosedur dan tugasan biasa polis.

Polis juga dilihat sangat serius dalam melaksanakan tugasnya tanpa memperdulikan siapa yang terlibat sama ada Yang Berhormat mahupun pemimpin politik parti. Yang bersalah akan ditangkap dan didakwa. Usah takut dengan sogokan dan tindakan pemimpin dan YB pembangkang yang kebanyakannya bersikap kasar dan kurang ajar.

Malaysia ada undang-undang dan mereka termasuk YB perlu memathui undang-undang. Jangan anggap gelaran YB itu membuatkan dirinya kebal daripada undang-undang. Sememangnya YB pembangkang sangat kurang ajar seperti yang pernah ditunjukkan Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Woong Ho Leng. Kalau dilihat sebenar-benarnya YB dan pemimpin Pakatan Pembangkang kesemuanya tidak layak dipanggil Yang Berhormat sebaliknya dipanggil Yang Badigol.

Tingkahlaku dan perbuatan permimpin Pakatan Pembangkang yang meletakkan undang-undang di kepala lutut itu sebagai yang kurang ajar. Mereka ini sepatutnya diajar mata pelajaran Pendidikan Moral supaya bersikap menghormati orang lain dan tidak layak hidup dalam kelompok masyarakat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger