Tuesday, July 12, 2011

HARAM 2.0: S. AMBIGA SIFATKAN PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0 BERJAYA CEDERAKAN ANWAR IBRAHIM






Perhimpunan Haram BERSIH 2.0, 9 Julai 2011 disifatkan sebagai tidak berjaya. Selain GAGAL menakluki Kuala Lumpur seperti yang diharapkan, BERSIH 2.0 hanya berjaya melumpuhkan Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kesusahan kepada orang ramai. Kerugian jutaan ringgit, kesukaran mendapatkan pengangkutan dan mencemarkan nama baik negara menjadi kesan terhadap perilaku S. Ambiga dan Anwar Ibrahim.

"Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini (9 Julai 2011), S. Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini".

Kenyataan S. Ambiga di atas membuktikan bahawa niatnya yang menganjur Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu adalah bertujuan jahat dan bukannya mahu menuntut 8 tuntutan yang dimaklumkan sebelum ini.

S. Ambiga yang menjadi kuda tunggangan Anwar Ibrahim dalam meleraikan dan menidakkan tumpuan orang ramai terhadap kes liwatnya yang akan memasuki fasa terakhir dengan meminta Anwar Ibrahim membela diri pada 16 Julai 2011.

Kesakitan yang dialami Anwar Ibrahim semasa dalam Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 9 Julai lalu adalah lakonan semata-mata. Keadaan lebam dan kesakitan yang dialami Anwar Ibrahim adalah adegan yang dirancang supaya tumpuan rakyat ke arah kesakitan Anwar Ibrahim disebabkan tindakan kasar polis.

Bagaimanapun semuanya tidak menjadi ekoran rancangan Anwar Ibrahim itu telah terbocor. Manakala, kesediaan pengikut dan penyokong perhimpunan haram yang memijak dan tidak memperdulikan keadaan Anwar Ibrahim yang terjatuh mencerminkan mereka tidak lagi menghiraukan pemimpin mereka itu.

Inilah yang terjadi apabila emosi menguasai diri sehingga menyebabkan ketua mereka tidak lagi dihormati.  

1 komen:

  1. Huhu.. Ada juak org Sarawak yg faham! Tahniah..
    Nice entry bro,,

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger