Tuesday, July 5, 2011

HARAM 2.0: SEE CHEW HOW KATA DAPAT ARAHAN PKR PUSAT, ARIP AMERAN KATA TIADA DAPAT ARAHAN. MANA SATU YANG BETUL?






Sebelum ini, ADUN Batu Lintang See Chee How telah secara terang-terangan mempromosikan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 kepada rakyat Sarawak melalui media baru dan akhbar-akhbar Cina. Sambil mempromosi perhimpunan haram itu, See Chew How juga menyatakan bahawa PKR Sarawk akan menghantar 30 orang ahli-ahlinya ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai rakan-rakan mereka. Menurutnya, kesediaan PKR Sarawak menghantar ahli-ahlinya menyertai perhimpunan haram itu atas arahan PKR Pusat khususnya Anwar Ibrahim.

See Chee How juga memberitahu ahli-ahli PKR Sarawak yang akan pergi menyertai perhimpunan haram itu akan menggunakan tambang sendiri. Lebih beradab lagi, kos pergi dan balik serta tempat tinggal akan ditanggung sendiri. Manakala, makan dan minum akan disediakan. Sekiranya ditangkap, PKR tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan membela mereka. Pendek kata risiko tanggung sendiri.



Bagaimanapun, kenyataan See Chee How ini disanggah Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Arip Ameran yang menegaskan PKR Sarawak tidak bersekongkol dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0. Sambil menegaskan pucuk pimpinan Pakatan Pembangkang Pusat tidak pernah memberi arahan untuk menyertai perhimpunan itu yang dijadualkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

“Setakat ini kami tidak mengadakan perjumpaan atau mesyuarat untuk berbincang mengenai perkara itu (perhimpunan BERSIH 2.0).
“Kami tidak melibatkan diri dengan perhimpunan itu…ia adalah dianjurkan pihak NGO bukan Pakatan Pembangkang…kalau adapun yang terlibat dengan perhimpunan itu adalah atas dasar individu bukan atas dasar parti,” katanya.

Justeru, dalam soal ini siapakah yang benar dan siapakah yang pembohong (pembulak)??? Selain percanggahan, ternyata kedua-dua pemimpin PKR Sarawak itu menyatakan sokongan secara terbuka. Sebenarnya tiada perbezaan di antara kenyataan kedua-dua mereka yang sememangnya diakui hanya untuk mengaburi rakyat Sarawak.

Menjadi amalan peguam yang dinaungi Pakatan Pembangkang, putar belit itu adalah sebahagian daripada kehidupan mereka seperti mana yang pernah dilakukan pemimpin PAS yang memutarbelitkan maksud ayat-ayat al-Quran.

Pakatan Pembangkang tiada bezanya...

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger