Wednesday, July 13, 2011

HARAM 2.0: SELEPAS ANWAR IBRAHIM, MAT SABU PULA CEDERA PARAH




Pembohongan Malaysiakini

Di sebalik kecedaran Anwar Ibrahim dalam perhimpunan haram Sabtu lalu, ramai yang tidak tahu kecederaan yang dialami Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang juga rakan dan sahabat baik Anwar Ibrahim.

Kecederaan Anwar Ibrahim yang dianggap kritikal dan parah, tetapi masih mampu untuk memberikan ceramah mengutuk polis di Selangor. Sekali lagi rakyat Malaysia telah dibohongi dengan lakonan Anwar Ibrahim.

Berbalik cerita Mat Sabu, beliau dikatakan cedera parah pada bahagian kepala lutut hingga kaki. Kecederaan ini disebabkan tindakan ganas polis terhadapnya semasa perhimpunan haram BERSIH 2.0. Betul ke?

Lihat entri ini:


Berikut kenyataan ‘live’ mat Sabu yang menceritakan 'kecederaan' beliau. Di minit 1:27 hingga 2:23 Mat Sabu berkata :-

  
Dalam pada itu, video di atas menunjukkan Mat Sabu menuduh pihak polis zalim berada di tahap dunia ketiga dan tidak langsung bersifat bertamadun.

Pembohongan Mat Sabu = Anwar Ibrahim

Tetapi hairan, pihak polis yang dihina oleh pemimpin PAS itu juga yang memapah beliau bila terjatuh, menyediakan seorang doktor di Balai Polis Jinjang untuk memeriksa beliau dan menghantar beliau ke HKL untuk rawatan lanjutan!

Dan merujuk kepada kenyataan 'live' Mat Sabu, beliau tidak pun menyebut akan dibedah dan kaki 'dimasukkan besi' seperti yang dilaporkan!

Betul ke Lutut tu sakit?
  1. Yang pasti, 3 tulang besar kaki, tulang femur (tulang peha), tulang tibia dan tulang fibula tidak patah kerana Xray di HKL tidak menunjukkan patah. (rujuk kenyataan Mat Sabu)
  2. Jika ada, Mat Sabu sudah pasti terlantar di hospital dan tidak mungkin akan dapat duduk dengan agak selesa di atas kerusi roda!
  3. Tetapi beliau sempat lagi ke Pulau Pinang semalam, berceramah dan menginap di Hotel Traders!
  4. Lutut dan kepala lutut? Jika benar kepala lutut (patella) dan lutut patah, Mat Sabu akan meraung kesakitan yang amat jika dapat duduk! Dan lutut tidak akan di balut begitu ringkas seperti dalam foto tersebut!
  5. Pokoknya, jika ada sebarang bahagian kaki yang patah dan 'memerlukan pembedahan memasukkan besi', Mat Sabu atau sesiapa pun tidak mungkin akan dapat bergerak, duduk atau pun berjalan!
  6. Ligamen rosak? Mungkin tetapi cara lutut di balut menunjukkan ligamen yang rosak itu hanya cedera ringan sahaja! Tidak mungkin ligamen dan meniscus di dalam lutut Mat Sabu cedera teruk kerana beliau boleh melipatkan kaki beliau.
  7. Yang ada ialah orthoscope, satu alat untuk memeriksa keadaan dalam lutut seseorang. Itu pun jika seseorang itu sangat memerlukan pemeriksaan yang dipanggil invasive procedure.
  8. Dan kecederaan 'ligamen rosak sikit' seperti yang dikatakan oleh Mat Sabu, tidak memerlukan pemeriksaan orthoscope itu!


Mat Sabu dibedah Jumaat ini? Kita tunggu dan lihat! Sama ada benar atau tidak kaki Mat Sabu  akan dibedah.

Kredit kepada blog MiM 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger