Monday, July 4, 2011

HARAM 2.0: TAKTIK GOTONG-ROYONG ‘BERSIH’ DAP TERBONGKAR




Sepandai-pandai tupai melompak akhirnya mati ditembak pemburu. Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan 5 ahli DAP yang cuba mengedar risalah yang menyeru orang ramai kononnya menjaga kebersihan.

Bagaimanapun taktik ini tidak menjadi kerana mereka bukannya menjaga kebersihan, tetapi menjalankan kegiatan haram. Atas sebab itu, polis telah menahan mereka kerana cuba mempromosi perhimpunan haram Bersih di Pasar Awam Taman Sri Tebrau.

Ketika ditahan pukul 9.40 pagi, mereka memakai baju T berwarna kuning tertera perkataan 'negara BERSIH rakyat bertuah' dengan gambar penyapu dan penyodok.

Kenapa Er Teck Hwa perlu menggunakan warna kuning? Sedangkan DAP amat sinonim dengan warna merah. Sememangnya DAP itu hidup penuh dengan tipu muslihat dan pembohong. Pemimpin DAP sejak dari dahulu lagi sememangnya tidak boleh dipercayai. 

Dalam setiap perkataan bersih yang digunakan, semuanya dicetak menggunakan huruf besar. Antara barangan dirampas adalah kain rentang dan enam helai baju T serta 300 risalah Bersih.

DAP nampaknya banyak menggunakan tipu helah dan taktik kotor dalam menyebarkan propaganda mereka. Sebelum ini, tidak pernah satu pun tindakan yang dibuat DAP mahupun Pakatan Pembangkang berkaitan membersihkan kawasan mereka.

Tindakan mereka semalam banyak berkisar kepada mengajak orang ramai terlibat dalam Perhimpunan HARAM 2.0. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger