Monday, July 4, 2011

HARAM 2.0: TERKINI, ZULHAIDAH SUBOH, EXCO PEMUDA AMK DITAHAN POLIS MIRI




Tahniah Zulhaidah Suboh kerana berjaya menjadi ‘orang pertama Sarawak’ yang ditahan polis. Zulhaidah telah ditahan polis di Lapangan Terbang Kuching pada tengah hari tadi bersama dengan baju-T BERSIH 2.0 yang dipakainya. Difahamkan beliau dalam perjalanan pulang ke Miri. Ketika ini beliau telah ditahan dan menginap di Balai Polis Miri untuk siasatan lanjut.

“Saya ditahan sebelum penerbangan saya dari Kuching ke Miri dan alasan penangkapan itu kerana saya berpakaian Bersih di bawah Akta polis Seksyen 27, kata polis itu kepada saya.


“Antara 10 hingga 15 Pegawai Polis berpakaian biasa bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan saya seorang dan sebaik tiba di lapangan terbang Miri, Polis menggeledah pula beg pakaian saya,” katanya.

Sehingga artikel ini ditulis, Zulhaidah masih lagi menginap di Balai Polis Miri bagi mengambil keterangan. Berkemungkinan beliau akan ditahan lebih lama berikutan perintah Ordinan Undang-Undang Darurat yang dikuatkuasakan ke atas mereka yang terlibat dalam Perhimpunan  Haram BERSIH 2.0.

Menemainya di Balai Polis Miri, Ling Sie King yang juga peguam merangkap wakil rakyat daripada DAP dan Majen Panyuk.

Sememangnya kedua-dua parti ini, PKR dan DAP mempunyai pertalian yang rapat, tetapi yang bodohnya PKR. PKR buat, PKR masuk penjara. DAP rancang, DAP lepas.

Tahniah kepada Zulhaidah kerana berjaya mencipta nama di dalam Buku Rekod Sarawak kerana menjadi orang pertama yang ditahan atas kesalahan Perhimpunan Haram 2.0. Itu pun sekiranya Sarawak mempunyai Buku Rekod Sarawak? Sudah tahu mengedar baju-T BERSIH 2.0 salah, masih juga nak langgar undang-undang. Inikah yang nak kita jadikan pemimpin?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger