Monday, July 18, 2011

KATA DUA DAP, HADI AWANG TERPAKSA TUNDUK



Dalam kesibukan umat Islam melakukan persediaan menghadapi bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, PAS di Kedah telah memutuskan untuk menutup semua pusat premis hiburan bagi menghormati bulan tersebut.


Arahan kerajaan negeri Kedah itu telah mendapat sambutan baik daripada semua umat Islam di Kedah terutama ahli-ahli PAS bahawa tindakan kerajaan ini sangat bertepatan. Bagaimanapun, keputusan itu tidak disenangi bukan Islam yang kebanyakannya ahli-ahli DAP. Mereka membantah cadangan kerajaan negeri Kedah itu sebagai mencabuli hak asasi mereka sebagai rakyat Kedah. Mereka bukan sahaja membantah bahkan menyatakan tindakan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS itu sebagai menidakkan kewujudan rakyat bukan Islam.


Tidak sampai 24 jam, Kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS ‘terpaksa’ akur dan tunduk dengan desakan kata dua pemimpin DAP dengan menarik balik arahan larangan menutup premis pusat hiburan itu.

Pengerusi DAP, Karpal Singh telah memberi kata dua kepada Kerajaan PAS Kedah supaya menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu, mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Serentak dengan amaran tersebut, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri setuju menimbangkan semula larangan berkenaan bagi menggembirakan semua pihak yang menentang keputusan itu.

Dalam keadaan terpaksa tunduk terhadap kata dua pemimpin DAP itu, Hadi Awang telah menyalahkan UMNO, media cetak berbahasa melayu dan bahasa Cina kerana telah memutar-belitkan berita bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Sambil menafikan bantahan Karpal Singh, Hadi Awang memberikan kenyataan selamat dengan menyatakan semua ini salah UMNO dan BN.

“Bukan... Ini bukan kerana Karpal Singh. Kita tidak tunduk kepada DAP. Kita membetulkan peraturan salah yang dibuat oleh UMNO. UMNO tidak ada sempadan antara hak orang bukan Islam dengan Islam itu sendiri, sebaliknya kita membuat sempadan, ia (sempadan) perlu ada.

“Pas mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh diselesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka.”

Bagi menutup kelemahan kerajaan negeri Kedah, Menteri Besar Kedah telah menjelaskan bahawa perubahan ini merangkumi pusat hiburan boleh beroperasi dengan hanya dikunjungi oleh bukan Islam. Jika didapati ada orang Islam kita akan batal lesen serta-merta.

Di sini jelaslah bahawa pimpinan PAS Kedah terpaksa tunduk dengan DAP yang diakui mempunyai kuasa veto dalam membuat keputusan walaupun negeri itu ditadbir PAS atau PKR seperti yang berlaku di Selangor dan Kedah.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger