Tuesday, July 19, 2011

MALAYSIAKINI BIMBANG POPE MENERIMA KEHADIRAN DATUK SERI NAJIB



Malaysiakini 18.07.2011

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Vatican telah mengundang rasa cemas Pakatan Pembangkang. Ini disalurkan menerusi media baru milik mereka Malaysiakini yang bertajuk "Pertemuan Najib-Pope, cari sokongan Kristian?".

Menurut Malaysiakini, sekumpulan 365 rakyat Malaysia yang beragama Kristian, termasuk penganut Katolik telah menandatangani sepucuk surat kepada Pope Benedict XVI, bagi mengadu tindakan keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

Ketakutan pembangkang terhadap lawatan Perdana Menteri itu semakin memuncak apabila Pope Benedict XVI menerima kehadiran Najib dengan rasa hormat. Kehadiran najib yang membawa imej Islam telah dapat diterima Pope yang berbesar hati dengan lawatan seorang Perdana Menteri Islam ke Vatican.

Dalam usaha memecahbelahkan rakyat yang beragama Kristian di Malaysia, Pakatan Pembangkang cuba mengekploitasikan tujuan lawatan Perdana Menteri dengan menyatakan lawatan itu bertujuan mencari sokongan popular menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Sedangkan lawatan Najib di Vatican bertujuan merapatkan silataruhim antara pemimpin Islam dan Kristian.

Pakatan Pembangkang juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak.

“Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini”.

“Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013”.

Pakatan Pembangkang yang berselindung di sebalik nama penganut Katolik telah menggunakan ‘kekerasan polis dan kerajaan’ sebagai wadah untuk meminta belas kasihan daripada Pope. Mereka khuatir dan risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan dasar 1Malaysia dan pembaharuan yang dibawa Najib.

Disebabkan tidak ada modal, Pakatan Pembangkang cuba membakar sentimen agama dengan menggunakan contoh seperti kes mahkamah Lina Joy dan rampasan buku serta kitab Kristian sebagai hujah untuk menceritakan tentang kelemahan kepimpinan Najib dan Malaysia.

Selepas lawatan ke Vatican semalam, Najib berkata Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Pertemuan Najib dan Pope Benedict XVI diadakan di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir bandar Rom.

Melihat kepada keadaan di atas, menunjukkan Pakatan Pembangkang sanggup melakukan apa saja demi menggagalkan hala tuju lawatan pemimpin negara. Sedangkan pemimpin luar negara menerima kehadiran pemimpin Malaysia dalam ruang lingkupnya sebagai Perdana Menteri pilihan rakyat yang bertunjangkan demokrasi. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger