Thursday, July 21, 2011

MPPA NAFIKAN GAMBAR DI NEW STRAIT TIMES DAN BERITA HARIAN ITU PALSU



Gambar Yang Dikatakan Palsu Oleh Pakatan Pembangkang

Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) semalam membuat laporan polis terhadap seorang blogger yang mendakwa gambar seorang lelaki yang menyertai perhimpunan haram 9 Julai lalu dan disiarkan pada muka depan akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian adalah gambar palsu. 

MPPA mempertahankan keaslian gambar berkenaan yang menunjukkan seorang lelaki memakai baju putih, berseluar celoreng tentera serta menutup muka, cuba membaling sesuatu.

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira jam 3.30 petang menerusi Presiden MPPA, Mat Salim Shaari dan turut dihadiri jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) yang merakamkan aksi itu, Effendy Abdul Rashid.
Sebelum ini, tuduhan blogger terbabit menerusi laman sosial, Facebook dibuat tanpa usul periksa dan boleh menjejaskan imej MPPA. 

Membuat Laporan Polis

MPPA sebelum ini memberi tempoh kepada blogger itu yang juga seorang pengajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk meminta maaf kepada Effendy dan NSTP, tetapi gagal berbuat demikian. 

Effendy menjelaskan beliau terkilan dengan tindakan blogger terbabit yang mempersendakan kerjanya dengan menyebarkan cerita bahawa gambarnya menggunakan teknik pertindihan imej. 

“Ia karya asli saya, malah saya mempunyai 11 keping gambar yang mempunyai jalan ceritanya sendiri jika disusun mengenai tindakan lelaki terbabit mengambil kanister gas pemedih mata di hadapan Menara Maybank sebelum membalingnya”.

Effendy Abdul Rashid

Mari kita tunggu apa jawapan empunya badan (pembaling) itu. Sekiranya masih terus berdegil samankan saja blogger itu. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger