Sunday, July 3, 2011

ORDINAN DARURAT DIKUATKUASAKAN


 

 
Polis hari ini telah menguatkuasakan Ordinan Darurat bagi beberapa individu yang terlibat dalam Perhimpunan Haram 2.0 sebagai langkah pencegahan.

Sebagai langkah preventif, pencegahan lebih baik daripada berubat. Tindakan polis itu adalah yang terbaik setakat ini sebagai satu langkah pencegahan daripada sesuatu yang lebih serius berlaku.

Semalam polis menahan enam individu termasuk anggota parlimen Sungai Siput Dr D. Jeyakumar mengikut Ordinan Darurat Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif menyebarkan fahaman komunis.

Perlakuan beberapa pemimpin PKR dan PAS yang secara terang-terangan menyokong Perhimpunan Haram 2.0 perlu juga dikenakan tindakan berasaskan Ordinan Darurat.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger