Tuesday, July 19, 2011

PAS LEBIH UTAMAKAN POLITIK DARIPADA BANTU RAKYAT



Tindak tanduk PAS yang sentiasa tunduk kepada telunjuk DAP dan Pakatan Pembangkang telah menjelaskan secara terperinci dan terang bahawa parti itu semakin tamak dalam usahanya meningkatkan pengaruh politik sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan Islam dan ketuanan Melayu.

Selepas terhutang budi kejayaan besar pada PRU 2008 dengan mengekalkan kemenangan di Kelantan dan merampas Kedah hasil kerjasamanya dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang, PAS umpama parti yang dilambung asmara sehingga tidak menghiraukan teguran demi menjaga kepentingan kelangsungan politiknya.

“Langkah PAS menarik balik arahan penutupan 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadhan, menghantar ahlinya menyertai Perhimpunan Haram 9 Julai lalu serta menggugurkan negara Islam dalam prinsip perjuangannya, membuktikan mereka kian terdesak”.

Prof Madya Samsul Adabi Mamat, Penganalisis Politik UKM

Hakikatnya sokongan terhadap mereka sekadar daripada pengundi bermusim dan pada masa sama kehilangan penyokong asal ketika barisan pimpinan cuba membuktikan kesetiaan kepada pakatan pembangkang.


Soal kelangsungan dan kesesuaian PAS dalam arus politik semasa selepas mereka ketika ini dilihat sentiasa diperalat DAP dan PKR.

“Kesan jangka panjang amat dirasai PAS kerana dasarnya yang sering berubah-ubah menggugat kesetiaan pengikut setia. Mereka sudah keluar daripada matlamat asal dan terlalu jauh terpesong. Mungkin langkah mengikut permintaan DAP dirasakan mampu membantu raih sokongan pengundi bukan Islam, tetapi kesan jangka panjang menyebabkan pengaruh mereka kian terhakis.”

Prof Madya P Sivamurugan, Penganalisis Politik USM

Lantaran desakan DAP, PAS telah menarik balik keputusan dibuatnya minggu lalu dan sebaliknya menyatakan kerajaan negeri akan menguatkuasakan larangan terhadap pengguna Islam di premis itu sepanjang Ramadan selepas DAP sebelumnya menyatakan ia sanggup menyaman kerajaan negeri andai larangan itu dilaksana. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger