Monday, July 4, 2011

RAIS YATIM MENANG SAMAN FITNAH KE ATAS BLOGGER AMIZUDIN

“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W,T kerana dengan limpah dan kurniaNya, hambamu ini yang telah dianaiya dan difitnah telah ditunjukkan kebenarannya”.


Apakah itu yang mungkin dilafazkan Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim berikutan keputusan Mahkamah hari ini yang memihak kepada Rais Yatim. Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan penulis blog Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah bagi memfitnah.

Terdahulu, Rais Yatim sebelum ini telah mengemukakan saman fitnah ke atas penulis blog, Amizudin, anggota jawatankuasa sayap Pemuda PKR.

Pada awal tahun ini, media baru di Malaysia telah bergegar dengan fitnah yang dilemparkan blogger propembangkang itu yang menyiarkan berita kononnya seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Dr Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.

Dalam penghakimannya, Mahkamah Tinggi telah menetapkan bahawa:

"Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah," katanya.

Hakim Zabariah menetapkan Selasa untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung nilai ganti rugi.


Pada 31 Jan, Dr Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin pada atau sekitar 28 Dis tahun lepas.

Dr Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Malaysia itu adalah berniat jahat dan memfitnahnya dan perkataan dalam artikel itu bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Dr Rais, yang juga anggota Parlimen kawasan Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog itu menamakannya.

Selepas keputusan itu, Dr Rais yang hadir bersama isterinya Datin Seri Masnah Rais, memberitahu pemberita bahawa beliau sentiasa mempunyai sepenuh keyakinan terhadap sistem kehakiman negara.

Dr Rais berkata beliau telah membawa kes itu ke mahkamah bagi membersihkan namanya, keluarganya dan juga reputasi kerajaan.

Dr Rais berkata pembelaan defendan (Amizudin) bahawa beliau menerbitkan artikel itu berdasarkan justifikasi adalah tidak berhasil dan ia mengandungi natijah-natijah politik semata-mata.

Begitulah cabaran terbesar yang telah dilalui Rais Yatim ketika menjadi pemimpin. Pastinya cabaran itu akan menguatkan lagi hasratnya untuk terus memberikan sumbangan yang tidak berbelah bahagi kepada masyarakat di Malaysia.

Allah S.W.T akan sentiasa bersama dengan hambanya yang bersifat sabar. Cabaran ini hanyalah sebahagian daripada kehidupan manusia di muka bumi ini.

Terima kasih juga harus diberikan kepada bloggers prokerajaan dan bloggers jalanan yang selama ini memperjuangkan kebenaran dalam merungkai isu yang menjadi perhatian negara yang membabitkan Rais Yatim. Berjuang bukan atas keuntungan, tetapi lebih kepada pembelaan anak bangsa dalam memajukan Malaysia. 

2 komen:

  1. wikileaks tak nak saman ker...datukk

    ReplyDelete
  2. Tahniah Dato Seri Utama.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger