Saturday, July 30, 2011

TAHANAN PSM DIBEBASKAN BUKTI POLIS BERTINDAK MENGIKUT PERATURAN



Akhirnya kesemua enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat di Pulau Pinang pada 2 Julai lalu telah dibebaskan pada jam 5.30 petang di Balai Polis Jinjang.

Mereka yang dibebaskan itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.

Pembebasan mereka dibuat selepas satu keputusan dicapai. Bagaimanapun, tindakan kesemua ahli PSM itu selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Bercakap mengenai layanan mereka semasa ditahan, Dr Jeyakumar tidak menafikan bahawa mereka dilayan dengan baik. Bolehlah dikatakan ahli-ahli PSM ini dilayan melebihi mengikut kewajaran sebagai seorang ‘tahanan’.

Enam ahli PSM itu antara 30 orang yang ditahan polis di Sungai Dua, Pulau Pinang selepas didapati cuba menghidupkan fahaman komunis dengan membawa baju tertulis kesatria Chin Peng yang merupakan pemimpin komunis.

Tindakan beberapa pemimpin PKR yang turut sama terlibat dalam menyambut kepulangan kesemua tahanan PSM disifatkan sebagai cuba menonjolkan diri kononnya merekalah yang memainkan peranan penting dalam pembebasan itu. Itulah tindakan yang selalu dibuat Anwar Ibrahim sebelum ini hingga membuatkan PKR lebih menonjol berbanding DAP dan PAS. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger