Wednesday, August 10, 2011

ANWAR IBRAHIM MAHU CEMARKAN NAMA BAIK PERDANA MENTERI, BEKAS PEMIMPIN PKR PULA TAWAR DIRI




Tindakan peguambela Anwar Ibrahim yang mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut. Sebaliknya, tindakan peguambela itu dikatakan mempunyai unsur tersirat bagi mencemarkan nama baik Perdana Menteri dan isteri yang dikatakan tidak sanggup menjadi saksi.

Bagaimanapun, terdapat beberapa cadangan lain yang boleh dijadikan alternatif peguambela Anwar Ibrahim dengan menyoal beberapa pemimpin PKR yang sebelum ini tersangat rapat dengan Anwar Ibrahim. Sambil cadangan itu telah dipersetujui oleh kelima-lima bekas pemimpin PKR yang juga rakan dan teman Anwar Ibrahim iaitu Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor, Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman.

Justeru, peguambela Anwar Ibrahim perlu menerima permintaan kelima-lima bekas pemimpin PKR dalam menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Mereka ini sangat relevan dalam memberikan pandangan dan hujah-hujah bernas berhubung dengan tingkahlaku dan sikap Anwar Ibrahim yang sebenar memandang mereka ini telah mula kenal lama dengan Anwar Ibrahim berbanding peguambela itu sendiri.


Bekas Ketua AMK, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar.

"Jika Perdana Menteri dan isteri boleh dipanggil oleh peguam bela untuk menjadi saksi jadi mengapa saya tidak boleh dipanggil sebab saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar".

Kerelaan kelima-lima bekas pemimpin PKR yang juga rakan karib Anwar Ibrahim itu untuk menjadi saksi adalah bagi menjawab segala tohmahan dan segala persoalan berhubung dengan sikap Anwar Ibrahim yang selama ini bertopengkan ‘ustaz’ dan berwajahkan syaitan. Ini kerana mahkamah adalah medan untuk menjawab segala fitnah bahawa beliau dan rakan-rakan lain tinggalkan Anwar kerana habuan, sebaliknya Anwar ditinggalkan oleh mereka kerana haram berketuakan seorang peliwat.


Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya.

"Maka sebab itu Anwar Ibrahim mahu Perdana Menteri dan isteri menjadi saksi supaya beliau boleh politikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara seterusnya memburuk-burukkan sistem kehakiman negara”.


Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pula menyatakan bahawa beliau tertanya-tanya mengapa Anwar tidak memanggilnya sebagai saksi untuk perbicaraan kes liwatnya itu.

"Teman (saya) bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar Ibrahim dan Karpal Singh supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke mahkamah memberi keterangan”.

"Persoalannya, kenapa teman dan rakan-rakan PKR lain tidak dipanggil menjadi saksi sedangkan kami tahu sedikit sebanyak malah ada yang terlibat secara langsung dalam kes itu".


Dalam pada itu, dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman turut menyatakan kesediaan menjadi saksi di dalam kes liwat tersebut.

Sebagai bekas kakitangan yang telah berkhidmat kira-kira 12 tahun, beliau (Anuar) amat mengenali, memahami dan mengetahui kecenderungan Anwar Ibrahim dalam segala segi.

Segala pergerakan Anwar Ibrahim juga amat diketahuinya kerana sebagai setiausaha sulit, beliau bertanggungjawab menjaga keperluan Penasihat PKR itu.


Di sebalik tujuan sebenar Perdana Menteri dan isteri dipanggil untuk dijadikan saksi kes liwat Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mempersoalkan jika Perdana Menteri dan isterinya boleh dipanggil menjadi saksi mengapa beliau yang merupakan bekas kakitangan Anwar tidak ditawarkan berbuat demikian.

"Saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Bagi saya Anwar Ibrahim hanya mahu mempolitikkan kes ini. Jika Anwar Ibrahim berani, panggil saya ke mahkamah dan saya boleh ceritakan bagaimana cubaan Anwar memfitnah Perdana Menteri dan isteri di dalam kes ini''.

Berasaskan kepada kenyataan kelim-alima bekas pemimpin PKR ini ternyata mereka ini layak untuk dipanggil menjadi saksi utama kes liwat Anwar Ibrahim dan bukannya Perdana Menteri dan isterinya. Ini disebabkan Perdana Menteri dan isteri tidak layak malah secara langsung tidak terlibat dalam kes liwat Anwar Ibrahim. Untuk itu, peguambela Anwar Ibrahim perlu dan diminta untuk menemubual kelima-lima bekas pemimpin PKR itu sebagai saksi utama dan mereka rela memberikan keterangan secara bersumpah bagi memudahkan kes liwat Anwar Ibrahim diadili dan dipercepatkan.

Peguambela Anwar Ibrahim dengan ini didesak untuk menyoal dan menemubual kelima-lima bekas pemimpin PKR itu sebagai saksi utama kes liwat Anwar Ibrahim. 

5 komen:

  1. berani meliwat tapi tak berani tanggung

    dajjal paling dajjal

    ReplyDelete
  2. satu usaha manjatuhkan kerajaan adalah dengan mencemarkan PM

    ReplyDelete
  3. ceritanya mudah anwar nak spin kepada kes hantu meloya, bukannya nak defense dirinya atau mencipta alibi. kalau nak cipta alibi bininya lebih layak, anaknya lebih patut, pemilik dan orang lain yang ada di tempat dan semasa kes liwat itu lebih wajar. err kenapa tak panggil mat sabun dia ni berpengalaman dalam kes khalwat, father nicky, aji adi, badrul amin dan lain-lain pimpinan pas tentu mereka akan gunakan hujah agama yang dipolitikan untuk membela nwar - tentu aji adi kata gambar cctv tu besi tak leh nak pakai yang tunjukan nwar, saiful dan lain-lain itu, air mani dalam pungkoq saiful tak leh nak pakai kerana tadak hadis dan ayat alquran yang membolihkan keterangan seperti ini diterima. sesungguhnya allah menjadikan saksi setiap debu-debu yang dipijak olih mukmin semasa menuju ke rumah allah.

    ReplyDelete
  4. apa hal pulak pm nak datang temubual. apa pentingnya pm dalam kes tu. baik pm pegi buat keje untuk rakyat. jangan dilayan setan tua tu. Dah tau dah setan tua tu dengan pengikut-pengikut dia nak kata apa. salah dan konspirasi umno/bn. tak caya tengok la nanti

    ReplyDelete
  5. Tengok kalau bab ni penyokong aljuburi mesti tak berani nak menyampuk sebab sebenarnya dia org tahu DSAI mereka busuk..mereka yang menyokong tu pulak kita sedari maklum memang bodoh..padam muke..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger