Monday, August 1, 2011

ANWAR IBRAHIM MARAHKAN PAS ‘MAIN BELAKANG’



Tengku Razaleigh Hamzah telah dipelawa menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Pembangkang telah menyebabkan Anwar Ibrahim berang terhadap kepimpinan PAS. Ini disebabkan PAS percaya Anwar Ibrahim akan disabitkan kesalahan meliwat dan pastinya kesalahan ini membuatkan Anwar Ibrahim dikembalikan kepada penjara. Keadaan ini tidak baik memandangkan PAS kini sedang mengadakan persiapan PRU-13.

Perbuatan PAS yang ‘main belakang’ menyebabkan Anwar Ibrahim menghantar ‘utusan’nya Azmin Ali bagi mengepali usaha menggagalkan usaha kepimpinan PAS dalam membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam Pakatan Pembangkang. Anwar Ibrahim percaya beliau masih relevan menjawat jawatan Ketua Pembangkang walaupun di kelilingi dengan isu moral.

Dalam keadaan Anwar Ibrahim dibelenggu masalah moral kepimpinan dan peribadi yang teruk dan memerlukan sokongan khususnya daripada PAS dalam mengembalikan sokongan orang Islam ke atasnya, kepimpinan PAS tidak berfikir begitu. Bagi PAS, pemimpin yang jatuh moralnya harus disingkir selaras dengan konsep Islam yang dibawanya.

Justeru, tindakan PAS itu benar-benar menyebabkan Anwar Ibrahim kecewa terhadap kepimpinan PAS yang diharap menyokongnya. Ini diperkuatkan lagi kenyataan beberapa ahli PKR dan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim bahawa Anwar Ibrahim kini berang serta tersinggung dengan tindakan PAS.

"Saya dapat maklumat bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan PAS yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar Ibrahim dihukum penjara atas kesalahan meliwat”.

"Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan 'tikam belakang'. Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan PAS dengan Tengku Razaleigh terbongkar".

"PAS sedar mereka berada paling bawah dalam hierarki pakatan pembangkang dan ia diburukkan lagi dengan tindakan Anwar yang lebih memberi muka kepada DAP. Jadi, jika Anwar Ibrahim terpaksa meringkuk dalam penjara inilah peluang terbaik bagi PAS untuk kembali menerajui pembangkang melalui Tengku Razaleigh".

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger