Tuesday, August 23, 2011

ANWAR IBRAHIM MULAKAN KES DENGAN KELIRUKAN MAHKAMAH




Permulaan bicara bela kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi semalam dimulakan dengan Anwar Ibrahim memilih untuk memberi kandang tertuduh dan tidak memberi kebenaran untuk para pendakwa mencabar kesahihan keterangannya itu.

Mengapa Anwar Ibrahim mengambil keputusan memilih memberi kandang tertuduh dan tidak memberi kebenaran untuk para pendakwa mencabar kesahihan keterangannya itu? Adalah tidak mustahil Anwar Ibrahim takut kepada pihak pendakwa yang sebelum ini telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa ada kebenaran Saiful diliwat.

Prosiding bicara bela Anwar Ibrahim dimulakan dengan lagaknya membacakan kenyataan Bahasa Inggeris setebal 32 muka surat yang disulami ulasan politik dengan diselang seli dengan petikan ayat Al Quran dan kata falsafah Shakespeare. Mukadimah itu bertujuan untuk membuatkan rakyat Malaysia tidak mengetahui isi kandungan sebenar kenyataan itu yang dibaca dalam bahasa Inggeris.

Gambaran Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari; merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.

Anwar Ibrahim pula menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa. Sambil itu mengakui Saiful Bukhari membawa bahan pelincir dan telah diajak minum bersamanya.


Anwar Ibrahim juga tidak menolak keterangan pengadu (Saiful) bahawa dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Julai 2008 untuk membincangkan perkara berkaitan kerja.

Atas alasan takut kepada Anwar Ibrahim, Saiful tidak melarikan diri walaupun mempunyai kesempatan berbuat demikian. Saiful juga dimaklumkan telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah membawakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.

“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual mesra dengan saya”.

Hujah ini pernah digunakan oleh Karpal Singh semasa proses penggulungan yang menyebabkan pihak Anwar tewas dan hakim memberi keputusan kes itu terdapat prima facie dan Anwar diarahkannya untuk membela diri.

Menurut Karpal Singh, selain Suliati, pembantu rumah Hassanuddin, terdapat enam individu lain yang akan disepina untuk tampil ke mahkamah dalam pembelaan kepada Anwar.

Mereka adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof (bekas Ketua Polis Melaka), Dr Mohamad Osman Abdul Hamid (doktor Hospital Pusrawi) dan Yazihan Jusoh (jururawat Hospital Pusrawi). 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger