Monday, August 22, 2011

ANWAR IBRAHIM PILIH JALAN NO 2! JALAN SELAMAT?




Anwar Ibrahim memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar Ibrahim dalam permulaan kes bela dirinya yang bermula 22 Ogos 2011 telah diberi 3 pilihan, iaitu pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Jika Anwar Ibrahim memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.

Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dalam kenyataan permulaan perbicaraan bela dirinya, Anwar Ibrahim telah mempergunakan perkataan konspirasi, iaitu perkataan yang sama digunakan dalam perbicaraan bela dirinya semasa kes liwat Azizan pada penghujung tahun 1990-an.

Ayat Anwar Ibrahim yang terpacul dari mulutnya adalah menafikan tuduhan terhadapnya dan menafikan beliau terbabit dalam sebarang perhubungan seks dengan Saiful, sambil menegaskan bahawa mereka boleh buat apa sahaja yang mereka mahu.

Atas sebab dakwaan konspirasi itu, Anwar Ibrahim mendakwa personaliti yang sama ini juga di sebalik konspirasi (baru) terhadapnya, dan memaksanya untuk memutuskan untuk membela diri dari kandang tertuduh.

Seperti dijangka, Anwar Ibrahim kali ini akan melakukan apa saja untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan masa yang sama pendakwa akan berusaha memastikan hak dan kepentingan Saiful Bukhari sebagai mangsa akan terus dipelihara dan tertuduh akan dijatuhi hukuman sewajarnya. 

1 komen:

  1. Konspirasi pala hotak dia, habis macam mana bolih air mani dia ada dalam pungkor Saiful, sumpah laknat pun x mahu, tu la bermakna dia balun betui pungkor Saiful, dasar orang tua x senonoh.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger