Thursday, August 25, 2011

ANWAR IBRAHIM MENYALAHGUNAKAN MAHKAMAH JADIKAN PENTAS POLITIK



SATU jam 45 minit. Itulah masa yang diambil tertuduh, Anwar Ibrahim untuk menghentam kerajaan, mahkamah, hakim dan mereka yang terlibat dalam menyiasat kes liwat Anwar Ibrahim.

Seperti kebiasaannya ucapan Anwar Ibrahim diselubungi bunga-bungaan dan berfalsafah serta menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran, ucapan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Shakespears dan banyak lagi bagi menunjukkan dirinya sebagai seorang cerdik ilmunya. Selain itu, Anwar Ibrahim juga tidak menggunakan bahasa Melayu yang menjadi kebiasaan sebaliknya mahu menggunakan bahasa Inggeris. Itulah yang kadang kala para wartawan yang mahu menulis beritanya, pening lalat.

Pernyataan setebal 32 muka surat dibaca Anwar Ibrahim dalam kandang tertuduh, tetapi beliau tidak boleh disoal balas. Mengambil kesempatan itu, Anwar Ibrahim menggunakan masa satu jam 45 minit untuk memburukkan kerajaan, hakim dan mahkamah serta mengaitkan kes ini sebagai konspirasi terbaru BN untuk menjatuhkannya.

Mengapa Anwar Ibrahim kerap kali menyelitkan petikan-petikan ucapan Shakespears dan manusia Renaissance Man? Melihat kepada zaman Renaissance pada zaman pertengahan, tokoh agungnya ialah Michelangelo. Antara ukiran patung paling bernilai Michelangelo ialah bernama David. David ialah lelaki muda yang berdiri sambil berbogel bulat. Patung David ada di hadapan Galeri Accademia, Florence, Itali.

Selain Michelangelo, Leonardo da Vinci juga turut dikenali sebagai the Rennaissance man. Seperti Michelangelo, Leonardo da Vinci pernah melukis gambar tersohor Vitruvian Man, seorang lelaki berbogel bulat dalam keadaan mendepa tangan dan kaki.

Mengapa Michelangelo dan Leonardo suka lelaki berbogel bulat dan anak-anak muda yang tampan? Untuk keterangan lanjut baca biografi kedua-dua tokoh zaman pertengahan itu dan untuk gambar patung David dan lakaran Vitruvian Man lihat: http://en.wikipedia.org/wiki/Renaissance.


Hari pertama perbicaraan bela diri dalam kes liwatnya, Anwar Ibrahim yang mengenakan pakaian segak dan menggunakan kot telah dipanggil untuk membela diri – mengambil keputusan membela diri dalam kandang tertuduh dengan tidak memerlukan dia mengangkat sumpah. Antara yang paling teruk dihentam Anwar ibrahim pastinya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mengadili kesnya.

Seperti biasa, Anwar Ibrahim menganggap perbicaraan kes liwatnya itu dipenuhi konspirasi politik. Ayat yang menjadi kegemarannya suatu ketuika dahulu apbila Anwar Ibrahim mula disabitkan kesalahan meliwat Sukma. Perlu diingat ini adalah pertuduhan keduanya membabitkan kes liwat.

Setelah lebih 55 kali kes liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful ditangguhkan, rakyat berang apabila kes itu terlalu lama tertangguh. Taktik Anwar Ibrahim yang mahukan kes liwatnya itu seboleh-bolehnya ditangguhkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13.

Apakah Anwar Ibrahim tidak memikirkan penangguhan kes liwatnya itu tidak melibatkan kos? Perlu diingat perbicaraan itu dijalankan dengan wang rakyat. Jika di United Kingdom setiap saat waktu perbicaraan akan dikira sebagai kos membabitkan wang rakyat. Lagi pun dalam undang-undang ada istilah berbunyi justice delayed is justice denied atau keadilan yang dilewat-lewatkan ialah seperti menafikan keadilan itu. Rakyat mahu kes itu diselesaikan secepat mungkin.

Ternyata Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dalam perbicaraan kes liwatnya dengan lagak mempunyai kuasa sehingga sanggup menjadikan mahkamah sebagai pentas politiknya.

Bagi mengelak perkara sebegini berulang, perbicaraan bela diri Anwar Ibrahim perlu dipercepatkan dan dijatuhkan hukuman setimpal. Sekiranya ini tidak berlaku, Anwar Ibrahim pastinya akan cuba menggunakan ruang dan peluang untuk terus menghentam kerajaan, hakim dan mahkamah serta membuatkan mangsa semakin tertekan. 

1 komen:

  1. Tunggulah 9 Jan ni pengakhiran bagi sang peliwat yang meliwat orang semau maunya. ALLAH maha berkuasa, Yang salah tetap akan menerima hukuman di atas kekejian yang dilakukannya. ALLAH HU AKBAR 3X

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger