Friday, August 26, 2011

BENARKAN ANWAR IBRAHIM BUKAN PUNCA PERPECAHAN ORANG MELAYU DI MALAYSIA?




Kenyataan Mufti Perak bahawa Melayu-Islam berpecah disebabkan kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah. Apakah bukti-bukti yang menyokong pandangan Mufti Perak itu atau sekadar pandangan peribadinya sahaja yang tidak diketahui sebab munasababnya?

Namun, yang pasti kenyataan Mufti Perak itu terus disalahtafsirkan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Semenjak Anwar Ibrahim dibebaskan daripada hukuman penjara dalam hukumannya menyalahgunakan kuasa semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, perpaduan orang Melayu telah dihambat perpecahan. Pembebasan Anwar Ibrahim telah bermulanya orang Melayu berpecah.

Semenjak kerelaan Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberikan peluang kepada suami tercintanya, Anwar Ibrahim untuk bertanding dan seterusnya menjadi Ahli Parlimen maka ketika itulah Anwar Ibrahim mula menunjukkan taringnya yang selama berada di dalam penjara telah memasang strateginya.

Pertandingan sengit antara PKR dan BN dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh membuktikan PKR sanggup melakukan apa saja demi memastikan kawasan Parlimen Permatang dapat dimenanginya. Kepopularan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada asasnya sudah mengalami zaman malap, namun disebabkan kebijaksanaan Anwar Ibrahim mengekploitasi kepimpinan negara yang ketika itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kepandaiannya memecahkan perpaduan Melayu telah menyebabkan Anwar Ibrahim menang. Tidak dinafikan juga peranan PAS dan DAP yang ketika seperti duri dalam daging kepada BN untuk terus menghukum kelemahan BN pada ketika itu.

Setelah lebih 15 kali PRK diadakan di sepanjang separuh penggal pemerintahan selepas PRU-12, Anwar Ibrahim telah berjaya memecahkan perpaduan kaum orang Melayu dengan mengaitkan apa saja yang berlaku sama ada ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya di Malaysia dengan politik dan keburukan BN. Bagi Anwar Ibrahim apa yang dilakukannya dan Pakatan Pembangkang adalah betul.

Menjadi kebiasaan Pakatan Pembangkang dan Anwar Ibrahim akan merujuk kepada UMNO sebagai tumpuan utama dalam menjatuhkan BN. Atas sebab itu, ketiga-tiga kompenan Pakatan Pembangkang sering menyerang UMNO yang dikatakan mempunyai peangruh yang besar dalam masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, kes liwat Anwar Ibrahim yang sedang dalam perbicaraan membela diri sedikit sebanyak telah membuka mata orang Melayu bahawa selama ini mereka telah dipermainkan dengan adegan sandiwara Anwar Ibrahim. Semakin hari rakyat Malaysia percaya bahawa Anwar Ibrahim sedang menghadapi masalah moral. Pendedahan video seks Anwar Ibrahim bersama Chinadoll telah menyebabkan populariti Anwar Ibrahim semakin merudum di kalangan rakyat termasuk ahli-ahli PKR sendiri.

Kebijaksanaan Datuk Seri Mohd Najib Razak mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009 lalu dan pengenalan 1Malaysia yang berteraskan Transformasi telah membuka minda rakyat Malaysia akan cita-cita Perdana Menteri untuk merealisasikan hasrat mencapai negara maju menjelang 2020.

Pembebasan Anwar Ibrahim daripada penjara pada tahun 2008 telah mencetuskan perpecahan perpaduan orang Melayu. 

3 komen:

  1. bukan memecahkan tapi hampir meranapkan lagi

    ReplyDelete
  2. Apakah implikasi perpecahan in terhadap pengaruh dan kuasa politik Melayu di Semenanjung - khususnya UMNO? Dan sebagai Blogger Sarawak, apakah kemungkinan implikasi kelemahan/kejatuhan UMNO terhadap Melayu, Melanau dan Muslim (3M) di Sarawak? Bolehkah PR, khususnya PKR atau PAS memperjuang nasib 3M di Sarawak? Minta Blogger memberi pandangan agar pembaca dari Sarawak dapat memahami kedudukan mereka vis-a-vis karenah politik Melayu di Semenanjung. Desas desus sekarang di Sarawak adalah pujukan pro pembangkang agar Melayu dan Bumiputra di Sarawak tidak terikut ikut sikap rasis (katanya) orang di Semenanjung. Di Sarawak katanya aman zaman berzaman. Kita di Sarawak mesti bersatu. Bolehkah 3M memencil atau mengasingkan diri mereka dari UMNO walaupun bukan menjadi ahli seperti di Sabah?

    ReplyDelete
  3. Melayu cuma perlukan satu payung walau sempit

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger