Wednesday, August 31, 2011

BICARA MAT SABU TIDAK PERNAH SELESAI




Selepas insiden dikatakan dirempuh kenderaan polis pada 9 Julai lalu semasa Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 sehingga menyebabkan kaki Mat Sabu cedera parah dan membolehkannya menggunakan kerusi roda dan tongkat untuk bergerak.

Sambil menegaskan kecederaan yang dialaminya parah hingga membolehkannya mendapat rawatan kelas pertama di Pulau Pinang. Tercetus persoalan, kenapa perlu dirawat di Pulau Pinang sedangkan kejadian tersebut berlaku di Kuala Lumpur. Apakah tidak ada kepakaran doktor-doktor di hospital mahupun klinik swasta mahupun kerajaan di Kuala Lumpur untuk merawat kaki Mat Sabu?

Bagaimanpun persoalan ini telah terbongkar dan terjawab apabila didapati segala perbelanjaan rawatan kaki Mat Sabu yang dijalani di Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang telah menggunakan perbelanjaan daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang berjumlah RM8,434.05.

Terjawab sudah bahawa tujuan Mat Sabu mendapatkan rawatan kakinya di Pulau Pinang disebabkan PAS tidak mampu membayar kos rawatan kaki Mat Sabu sehingga terpaksa melutut memohon keikhlasan DAP terutama daripada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Rawatan ini wajar memandangkan Mat Sabu ketika ini sedang giat melancarkan serangan membenci UMNO dan BN ke atas pengundi bukan Melayu. Atas semangat Pakatan Pembangkang, Lim Guan Eng sanggup memejam mata dan menggunakan wang PBAPP bagi menampung kos rawatan kaki Mat Sabu.

"Saya hairan apa sebabnya Mat Sabu mendapat rawatan di Hospital Pakar KPJ untuk rawatan lututnya dan bukan hospital kerajaan sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga hanya mendapat rawatan lutut beliau di Hospital Kuala Lumpur sahaja. Ini sekadar menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan tempatan DAP sahaja".

Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan

Penggunaan wang PBAPP ke atas merawat kos Mat Sabu tidak sepatutnya diluluskan memandangkan kecederaan lututnya bukan berlaku ketika waktu bekerja sedangkan beliau sebenarnya menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.

Lantaran itu, beliau turut menyifatkan kelulusan tuntutan perubatan itu bukan sahaja satu tindakan kerajaan tempatan DAP yang menyalahgunakan kuasa malahan juga merupakan pembaziran sumber kewangan di negeri ini.

Sehubungan itu, PCM telah menggesa supaya SPRM menyiasat tuntutan perubatan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu itu. Selain itu, PCM juga akan meminta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) menyiasat penyelewangan yang dilakukan DAP.

Tegasnya, perkara itu perlu disiasat dengan baik supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi PBAPP harus memberikan penjelasan mengenai tuntutan perubatan tersebut.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger